Page 17 - NOVEL SERAM - SEKOLAH BERHANTU
P. 17
Sekolah Berhantu
Cahaya petang yang menyuluh masuk melalui
cermin, menyapu muka gadis belasan tahun
itu yang terbaring tidak sedarkan diri di katil.
Kedinginan seolah-olah mengejutkannya sehingga
terjaga.
Gadis itu mula menggerakkan badan.
Kepalanya terasa sangat berat. Dia cuba membuka
mata. Kelopak matanya juga terasa berat.
Perlahan-lahan matanya terbuka. Dia
memandang sekeliling. Tempat itu kelihatan asing.
Kelihatan seperti bilik asrama kerana katil-katil
disusun berderetan ke dinding. Hanya katilnya
sahaja ditempati.
Gadis itu terpinga-pinga, cuba mengingat.
Tempat itu tidak pernah dilihatnya sebelum ini.
Adakah otaknya bergegar disebabkan hentakan
kuat sehingga dia tidak mampu mengingati apa-
apa? Kepalanya berdenyut-denyut, seolah-olah
dia bukan dirinya sendiri.
“Aduhhhh!”
Gadis bertubuh kecil itu mengerang ketika
cuba menggagahkan badan untuk bangun. Dia
12
Sekolah Berhantu.indd 12 3/10/17 8:16 AM

