Page 18 - NOVEL SERAM - SEKOLAH BERHANTU
P. 18

Tidak Ingat Siapa

             berasa berat, terlalu berat seolah-olah kepalanya
             dihempap bongkah batu yang besar.
                 Bagaimana dia boleh berada di tempat yang
             asing itu?
                 Dia memandang sekeliling. Bilik itu besar.
             Lima buah katil tersusun rapat ke dinding. Langsir
             biru tingkap kelihatan sudah pudar warnanya
             sementara jaring kecil yang menutupi lubang
             tingkap dipenuhi sawang labah-labah. Tilam
             tempat dia berbaring pula agak kotor kalau mahu
             dipanggil tempat tidur. Cat pada besi kepala katil
             juga sudah mengelupas, mendedahkan besi yang
             sudah berkarat. Cadar katil yang sepatutnya putih
             pun sudah kekuningan. Nampak sangat sudah
             lama tidak digunakan.
                 Seluruh tubuhnya terasa lemah lesu. Rasa
             pusing memaksanya baring semula. Bilik siapa ni?
                 Gadis itu bangun untuk melihat-lihat lagi,
             tetapi gagal berdiri. Dia mengeluh dan menghela
             nafas dalam-dalam sebelum sekali lagi cuba
             menggagahkan diri untuk bangun.
                 Tiba-tiba suatu suara memecah kesunyian…
                 “Eh, Ton Liu! Awak dah sedar?”
                 Seorang gadis bangun dari sebuah meja
             belajar yang terletak di suatu penjuru yang
             agak terlindung, tidak jauh dari katil tempat dia
             berbaring. Gadis itu berjalan laju ke arahnya lalu


                                  13







 Sekolah Berhantu.indd   13                                    3/10/17   8:17 AM
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22