Page 15 - TOP ONE SEJARAH TG3
P. 15
Sejarah Ting. 3 KSSM Bab 2 Pentadbiran Negeri-negeri Selat
Bahagian C
1. Lokasi Pulau Pinang di pertengahan laluan perdagangan antarabangsa dapat memenuhi keperluan
British di Alam Melayu.
(a) Bagaimanakah Pulau Pinang dapat memenuhi keperluan ekonomi British pada abad ke-18?
[6 markah]
(b) Huraikan peristiwa yang membawa pengukuhan kuasa British di Pulau Pinang sehingga berjaya
menduduki Seberang Perai pada tahun 1800. [6 markah]
(c) Francis Light telah menduduki Pulau Pinang melalui tipu muslihatnya.
Apakah iktibar yang anda peroleh daripada peristiwa tersebut? [8 markah]
2. Pakatan British-Belanda telah menyaksikan termeterainya Perjanjian London atau Perjanjian Inggeris-
Belanda pada 17 Mac 1824.
(a) Nyatakan perkara-perkara yang dipersetujui dalam Perjanjian London 1824. [6 markah]
(b) Perjanjian London 1824 membawa kesan yang ketara ke atas Alam Melayu.
Buktikan pernyataan tersebut. [6 markah]
(c) Perjanjian London 1824 menunjukkan bahawa persetujuan antara dua kuasa Barat membawa
kesan yang buruk kepada Alam Melayu.
Bagaimanakah kita dapat memastikan supaya peristiwa seumpama tidak berulang? [8 markah]
Cabaran KBAT
Pendudukan Pulau Pinang oleh British menyaksikan tipu muslihat yang digunakan oleh Francis Light
berjaya memerangkap pemerintah negeri Kedah pada masa itu.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat kita lakukan supaya peristiwa seumpama tidak
berlaku pada hari ini? KBAT Menganalisis
Praktis i-THINK
https://bit.ly/36LpNn6
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 20
02 Top 1 Sej Tg3.indd 20 15/11/2019 5:58 PM

