Page 4 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 4

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah

                 Hasil Pembelajaran             1.1  Pengangguran
             BAB  Mentakrifkan tenaga
           1    buruh, guna tenaga, dan
                pengangguran.            Takrif Tenaga Buruh, Guna Tenaga, dan Pengangguran
                                         Tenaga Buruh

                                           1  Tenaga buruh merupakan penduduk di sesebuah negara yang
                                             berumur 15 hingga 64 tahun  sama ada yang bekerja atau yang
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                                             menganggur.
                                           2  Walau bagaimanapun, bukan semua penduduk dalam lingkungan
                                             umur tersebut adalah tenaga buruh. Berikut adalah golongan yang
                                             tidak termasuk sebagai tenaga buruh:
                                             (a)  Mereka yang cacat anggota atau mental dan tidak berkeupayaan
               Siapakah bukan tenaga buruh?
                                                 untuk bekerja
                                             (b)  Pelajar di sekolah atau institusi pengajian tinggi
                                             (c)  Suri rumah dan kanak-kanak
                                             (d)  Pesara
                                           3  Penentuan umur minimum seseorang penduduk yang boleh
                                             digolongkan sebagai tenaga buruh atau tidak adalah bergantung
                        Pengangguran
                                             kepada undang-undang di sesebuah negara.
                 INFO
                                           4  Di Malaysia, had umur minimum sebagai tenaga buruh ialah 15 tahun.
                                             Oleh itu, jika terdapat majikan yang mengambil penduduk bawah
                                             daripada 15 tahun sebagai tenaga buruh, maka majikan tersebut telah
                                             dianggap melanggar undang-undang.
                                           5  Manakala umur maksimum tenaga buruh di Malaysia pula ialah
                                             60 tahun. Ini bermakna penduduk di Malaysia yang berumur melebihi
                                             60 tahun bukan lagi tenaga buruh.
                                         Guna Tenaga

                            ’17            1  Guna tenaga ialah tenaga buruh yang bekerja, iaitu penduduk yang
                                             aktif bekerja bertujuan  untuk mendapatkan upah  atau gaji. Ini
                                             bermakna guna tenaga merupakan tenaga buruh yang menjalankan
                                             kegiatan ekonomi.
                                           2  Terdapat tiga golongan penduduk yang dikategorikan sebagai guna
                                             tenaga. Mereka terdiri daripada:
                                             (a)  Penduduk yang bekerja untuk mendapatkan upah atau gaji
                                             (b)  Penduduk yang ada pekerjaan walaupun buat sementara waktu
                                                 mereka sedang bercuti atau sebab-sebab lain
                                             (c)  Pekerja yang tidak bergaji tetapi membantu menjalankan aktiviti
                                                 ekonomi keluarga
                                           3  Guna tenaga penuh merujuk keadaan apabila semua tenaga buruh
                                             digunakan sepenuhnya dalam kegiatan ekonomi.

               Jelaskan maksud guna tenaga     4  Walau bagaimanapun, dalam keadaan sebenar adalah sukar untuk
               penuh.                        mencapai keadaan penggunaan tenaga buruh seratus peratus. Oleh




               2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9