Page 7 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 7
Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
Pengangguran Bermusim Jenis-jenis pengangguran:
(a) Pengangguran struktur BAB
1 Pengangguran bermusim ialah pengangguran yang berlaku akibat (b) Pengangguran bermusim
(c) Pengangguran geseran
berlakunya perubahan musim. (d) Pengangguran kitaran 1
2 Misalnya apabila musim hujan, penoreh getah tidak dapat menjalankan (e) Pengangguran teknologi
(f) Pengangguran tak ketara
pekerjaannya. Apabila musim tengkujuh pula, nelayan-nelayan di
Pantai Timur tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan kerana
laut bergelora. Jadi pada musim-musim begitu, mereka tidak boleh
menjalankan aktiviti ekonomi dan terpaksa menganggur.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
3 Biasanya pengangguran ini berlaku di sektor utama seperti pertanian
dan perikanan.
4 Pengangguran bermusim merupakan pengangguran jangka pendek
dan dapat diramalkan. Oleh itu, persediaan awal dapat dibuat untuk
mengurangkan kesan buruk pengangguran ini.
Pengangguran Geseran
1 Pengangguran geseran merupakan pengangguran yang berlaku
disebabkan oleh pekerja-pekerja secara sukarela berhenti bekerja
untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. Jelaskan dua jenis
pengangguran yang bersifat
2 Pengangguran ini juga disebabkan oleh pekerja kurang mobiliti dan sementara.
tiada maklumat tentang peluang-peluang pekerjaan. Apabila keadaan
ini berlaku, mereka tidak menjumpai peluang pekerjaan yang dicari.
3 Pengangguran ini berlaku dalam jangka masa pendek sahaja dan
bukan menjadi masalah yang besar kepada sesebuah negara kerana Jenis-jenis
mereka yang menganggur tidak akan menganggur dalam tempoh pengangguran
masa yang lama dan biasanya pengangguran jenis ini sentiasa wujud. INFO
Oleh itu, pengangguran ini juga dikenal sebagai pengangguran
normal.
Pengangguran Kitaran
1 Pengangguran kitaran merupakan pengangguran yang berlaku
kesan daripada perubahan ekonomi global yang tidak stabil. Ini
bermaksud, pengangguran yang berlaku akibat kemelesetan ekonomi
dunia.
2 Semasa kemelesetan ekonomi dunia, tingkat permintaan agregat adalah
rendah. Hal ini mendorong pengeluar mengurangkan pengeluaran
barang dan tenaga buruh yang digunakan. Maka, ramai tenaga buruh
terpaksa menganggur.
3 Pengangguran jenis ini sukar diramal dan biasanya berlaku dalam Galeri Info
jangka waktu yang panjang. Pengangguran kitaran juga
dikenal sebagai pengangguran
4 Misalnya keadaan kemelesetan ekonomi pada tahun 1985 hingga 1987 besar-besaran kerana
yang disebabkan kenaikan harga minyak dunia serta pengangguran pengangguran ini melibatkan
semua faktor pengeluaran yang
yang berlaku pada akhir tahun 1990an akibat krisis kewangan telah ada dalam ekonomi secara
menyebabkan banyak firma atau kilang terpaksa mengurangkan besar-besaran.
penggunaan buruh.
5

