Page 25 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 25

Bahasa Melayu Penggal 1  STPM  Bab 2 Fonologi
              Proses Artikulasi Tambahan

                                                   Contoh kata   Ejaan gurisan
                      Proses      Daerah artikulasi
                                                   (ejaan rumi)     fonetik
              1      Palatalisasi  lelangit keras    jumpa          [jumpa]
              2      Labialisasi      bibir          sambal         [sambal]
                                                                                                              BAB
              3      Nasalisasi    rongga hidung    sanggul         [sagul]
                                                                                                            2
              4      Glotalisasi     pita suara       saat          [saat ]

              Pengujaran Fonem dalam Konteks Vokal, Konsonan, dan Diftong

                  Pengujaran                    Proses Terlibat
               1  Vokal      •  ...  bunyi  bersuara,  yang  dikeluarkan  dengan  arus  udara  dari
                                paru-paru secara bebas melalui rongga mulut tanpa sekatan ...
               2  Konsonan   •  ... aliran udara dari paru-paru dihalang oleh organ-organ sebutan
                                semasa melalui rongga mulut / hidung ...
               3  Diftong    •  ...  menggeluncurkan  lidah  daripada  menyebut  satu  vokal
                                kepada vokal yang lain ...

              Proses Peleburan Fonem
              Proses  peleburan  fonem  ialah  pengguguran  bunyi,  iaitu  penyekutuan
              dua fonem dalam proses pembentukan kata. Misalnya meN- + pakai =
              memakai (berlaku proses peleburan fonem N, p menjadi m).

              Bunyi Diftong                                                             ‘13, ‘18
              Konsepsi Diftong

                1  Bunyi yang bertindak sebagai satu fonem disebabkan terdapat
                  geluncuran semasa penghasilannya, dan diftong  dilambangkan oleh
                  dua huruf vokal yang membentuk satu suku kata.
                2  Semasa bunyi diftong dihasilkan, akan berlaku getaran pada pita
                  suara (kerana bunyi vokal bersuara) dan anak tekak dinaikkan (untuk
                  menutup rongga hidung).

              Ciri-ciri Diftong
                1  Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal (kombinasi dua
                  vokal) (bertindak sebagai satu fonem).
                2  Diftong dilafazkan sebagai bunyi geluncuran (terdapat geluncuran).
                3  Mempunyai satu puncak kelantangan.
                4  Bunyi diftong dihasilkan dalam satu nafas.

              Proses Pengujaran Tiga Jenis Diftong Melayu                               ‘15, ‘17
              Terdapat  tiga bentuk fonem diftong, iaitu [ai], [au], dan [oi]. Fonem-
              fonem ini terkandung dalam bahasa Melayu asli dan kata pinjaman.  Lihat
              Rajah 2.3 dan Rajah 2.4 yang menunjukkan proses pengujaran tiga diftong
              Melayu dan arah pergerakan bunyi diftong Melayu.





                                                                                                     85






      02[BM STPM P1].indd   85                                                                        3/20/18   8:55 AM
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30