Page 27 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 27

Bahasa Melayu Penggal 1  STPM  Bab 2 Fonologi

              B   Pengujaran diftong [au]
                1  Bunyi yang dimulai dengan cara penghasilan vokal depan luas [a]
                  (iaitu bibir terhampar, dengan bukaan rongga mulut luas dan lidah
                  berada pada bahagian hadapan), kemudian berlaku geluncuran ke
                  arah bunyi vokal belakang sempit [u] (iaitu bibir berkeadaan bundar
                  dan lidah berada di belakang dan bukaan mulut sempit), maka                                 BAB
                  terhasillah diftong [au].                                                                 2
                2  Contoh perkataan ialah sasau, pantau, surau, pukau, garau, lampau,
                  dan relau.













              [a]                                       [u]








              C   Pengujaran diftong [oi]
                1  Bunyi yang dimulai dengan cara penghasilan vokal belakang
                  separuh sempit [o] (iaitu bibir bundar, dengan bukaan rongga mulut
                  separuh sempit dan lidah berada pada bahagian belakang), kemudian
                  berlaku geluncuran ke arah bunyi vokal depan sempit  [i] (iaitu bibir
                  berkeadaan  leper  dan  lidah  berada  di hadapan dan  bukaan  mulut
                  separuh sempit), maka terhasillah diftong [oi].
                2  Contoh perkataan ialah  berbaloi,  amboi,  dodoi,  tomoi,  adoi, dan
                  boikot.













              [o]                                       [i]











                                                                                                     87






      02[BM STPM P1].indd   87                                                                        3/20/18   8:55 AM
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32