Page 5 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 5
Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Bab 2 Fonologi
2.1 Definisi Fonetik dan Fonemik
1 Bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi dalam sesuatu ‘15, ‘16
bahasa dan lambang kepada bunyi tersebut. Kajian yang berkaitan
dengan penyebutan bahasa dinamakan fonetik. BAB
2 Fonetik menekankan tentang:
(a) alat pertuturan dan daerah artikulasi serta proses mengeluarkan Layari laman web https:// 2
bunyi. ms.wikipedia.org/wiki/Fonologi
untuk memperoleh maklumat
(b) proses penghasilan bunyi dalam sistem saraf dan mekanisme tentang fonologi.
pertuturan.
(c) sifat dan keadaan gelombang bunyi yang dikeluarkan penutur.
(d) proses yang berlaku di dalam organ telinga sehingga berlaku
ujaran. INFO
3 Fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu
bahasa, iaitu kajian tentang fungsi, atau struktur bunyi itu. ‘17, ‘18
Jadual 2.1 Konsep Bunyi, Fonem, Alofon, Huruf, dan Suku Kata.
Perkara Maksud/ Catatan Contoh
Bunyi Lafaz, sebutan, pengucapan (dengan alat Bunyi geseran, letusan, sengauan, letupan,
pertuturan) getaran, dan sisian
Fonem Unit bunyi yang terkecil yang boleh Fonem [a], fonem [t], fonem [f]
membezakan makna kata
• Fonem vokal Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Fonem e ada dua variasi bunyi, contohnya
Melayu, iaitu [a], [e], [], [i], [o], [u] emak, enak
• Fonem konsonan Dalam bahasa Melayu, terdapat 18 fonem Selain huruf a, e, i, o, u
konsonan asli
Alofon Fonem yang terdiri daripada anggota fonem Fonem p dalam kata palu dan luap. Bunyi p
dipanggil alofon dalam palu diujarkan sebagai letupan bibir
yang sempurna, manakala p dalam luap,
bunyi p tidak diletupkan. Maka fonem p
mempunyai dua alofon
Huruf Lambang dalam sistem bunyi (bahasa) Huruf awal (pangkal), saksi vokal, huruf
yang daripadanya sesuatu perkataan dalam ringkas kependekan, huruf tulisan rumi
tulisan dibentuk, lambang-lambang abjad, bahasa Melayu, iaitu A, B, C, D, dan
dan aksara seterusnya, dan sebagainya
• Huruf saksi Jawi alif, wau, ya
• Huruf vokal/ huruf saksi a, e, i, o, u
• Huruf konsonan Selain huruf a, e, i, o, u b, c, d, f, g, ...z
• Huruf e pepet segar, dengan
• Huruf e taling segak, seksa
65
02[BM STPM P1].indd 65 3/20/18 8:55 AM

