Page 9 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 9
Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Bab 2 Fonologi
Proses Pengujaran Bunyi Fonem Vokal
1 Udara dari paru-paru, dipam ke pita suara.
2 Pita suara bergetar (kerana semua bunyi vokal bersuara).
3 Udara tiba di rongga tekak, anak tekak dinaikkan (untuk menutup
rongga hidung).
4 Udara kemudian keluar melalui rongga mulut tanpa halangan BAB
dengan keadaan bibir berkeadaan bundar/ leper, bukaan mulut
luas/ separuh luas/ separuh sempit/ sempit, dan lidah berada pada 2
bahagian depan/ tengah/ belakang. Maka terhasillah fonem vokal.
Cara-cara Pengujaran Fonem Vokal Depan
A Pengujaran vokal depan sempit [i] ‘13, ‘14, ‘16
1 Bahagian depan lidah diangkat setinggi-tingginya.
2 Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutupi
rongga hidung.
3 Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa
sekatan. Kata kunci cara-cara
4 Pita suara bergetar. pengujaran fonem vokal
5 Bibir berada dalam keadaan terhampar atau leper. depan
(a) Bahagian depan lidah
6 Contoh penggunaan vokal [i] ialah ikan, bila, jari. sama ada diangkat tinggi,
diturunkan satu per tiga,
diturunkan dua per tiga,
atau diturunkan serendah-
rendahnya.
(b) Lelangit lembut dinaikkan
untuk menutupi rongga
hidung.
(c) Udara keluar dari paru-
paru melalui rongga mulut
tanpa sekatan.
[i] (d) Pita suara bergetar.
(e) Keadaan bibir terhampar.
B Pengujaran vokal depan separuh sempit [e] / e taling ‘13, ‘14
1 Bahagian depan lidah diturunkan satu per tiga daripada kedudukan
vokal [i].
2 Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup
rongga hidung.
3 Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa
sekatan.
4 Pita suara bergetar.
5 Bibir berada dalam keadaan terhampar atau leper.
69
02[BM STPM P1].indd 69 3/20/18 8:55 AM

