Page 13 - PBD Plus Sejarah T1 (EG)
P. 13
Sejarah Tingkatan 1 Bab 1
1.6 Tafsiran dalam Sejarah Buku Teks ms. 16
SP 1.1.6 Menjelaskan pentafsiran sejarah
16. Jawab soalan di bawah dengan tepat dan ringkas. TP 5 KBAT Menilai
(a) Mengapakah sesuatu peristiwa sejarah perlu dibuat tafsiran yang betul?
Menjadikan peristiwa sejarah bermakna dan memperoleh ebenaran.
(b) Tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara sejarawan.
Mengapakah perkara ini berlaku?
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Perbezaaan tafsiran wujud disebabkan pemilihan sumber yang pelbagai, perbezaan pandangan,
perbezaan ideologi, dan tujuan penulisan.
(c) Berdasarkan peristiwa sejarah berikut, nyatakan perbezaan tafsiran antara sejarawan Barat dan sejarawan
tempatan.
Peristiwa sejarah Tafsiran sejarawan Barat Tafsiran sejarawan tempatan
(i) Kedatangan British ke Faktor kemanusiaan, iaitu Faktor ekonomi, iaitu membolot
Tanah Melayu membantu Raja-raja Melayu kekayaan sumber alam seperti
menamatkan huru-hara. bijih timah.
(ii) Perjuangan Tok Janggut Pemberontak kerana menentang Pejuang kerana mempertahankan
di Pasir Puteh, Kelantan British. hak dan maruah bangsa.
(d) Tafsiran sejarah yang tidak tepat dikatakan sebagai tafsiran yang berat sebelah. Bagaimanakah sejarawan
dapat membuat tafsiran sejarah yang betul dan tepat?
Sejarawan hendaklah menjalankan kajian secara menyeluruh. Sejarawan hendaklah jujur dan
bertanggungjawab dalam membuat penyelidikan agar masyarakat mendapat gambaran yang jelas
dan tepat.
(e ) Apakah kesan jika sejarawan tidak membuat tafsiran sejarah dengan betul dan tepat?
Masyarakat akan mempercayai maklumat yang salah dan menjejaskan hubungan antara kaum atau
sesebuah negara dengan negara lain.
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

