Page 17 - PBD Plus Sejarah T1 (EG)
P. 17
Sejarah Tingkatan 1 Bab 1
BAHAGIAN B
1. Maklumat berikut tentang pengertian sejarah.
Buku
Teks
ms. 4–5
Secara umumnya sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Peristiwa masa lalu yang berlaku
dalam kehidupan sesebuah masyarakat atau negara akan dikaji oleh sejarawan.
(a) Jelaskan maksud sejarah berdasarkan Kamus Dewan.
Sejarah ialah asal usul (keturunan), salasilah. Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang
lampau, kisah dan tambo (riwayat dahulu kala). Sejarah merupakan kajian atau pengetahuan tentang
peristiwa yang telah lalu.
[2 markah]
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
(b) Nyatakan pengertian sejarah mengikut pandangan tokoh berikut.
(i) E.H.Carr
Sejarah merupakan tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah, iaitu fakta-fakta yang
ditulis oleh sejarawan.
[2 markah]
(ii) Ibn Khaldun
Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan
yang berlaku pada sifat masyarakat itu.
[2 markah]
(c) Terdapat segelintir masyarakat Malaysia yang tidak mengetahui sejarah negara.
Cadangkan cara-cara untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi “Buta Sejarah”.
(i) Meminati subjek Sejarah.
(ii) Membaca buku-buku sejarah.
(iii) Melawat ke muzium atau arkib.
(iv) Membaca akhbar dan mengambil tahu isu semasa.
[4 markah]
2. Gambar berikut menunjukkan contoh sumber sejarah.
Buku
Teks
ms. 8
Klu Soalan
Sumber primer ialah sumber yang
bersifat asli, belum diolah atau
diterbitkan serta belum ditafsir
oleh sejarawan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. PB 13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

