Page 34 - Ranger SPM 2022 Perniagaan
P. 34
Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
3. Hayat berterusan
• PLT adalah kekal turun-temurun. Jika berlaku perubahan dalam pekongsi PLT, PLT
masih boleh meneruskan perniagaan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Syarikat Berhad
Rajah 1.13 Syarikat sendirian berhad Rajah 1.14 Syarikat awam berhad Tingkatan 4
1. Syarikat berhad merupakan perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu
bagi tujuan menjalankan aktiviti perniagaan.
2. Keanggotaan syarikat berhad tidak terhad kepada pemilik syarikat sahaja. Syarikat
berhad juga terdiri daripada ahli lembaga pengarah.
3. Pengarah urusan syarikat akan melantik ahli lembaga pengarah yang paling kanan,
manakala yang lain terdiri daripada pengarah eksekutif.
4. Pengarah eksekutif akan menetapkan pelbagai polisi dan membuat keputusan
berkaitan perniagaan.
5. Pemegang saham merupakan pihak yang memegang kepentingan perniagaan dalam
bentuk milikan saham.
6. Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham berhak untuk
mengawal syarikat dan membuat keputusan perniagaan yang penting.
7. Antaranya merupakan hak pemegang saham dalam sesebuah syarikat:
• Mengundi dalam mesyuarat agung tahunan
Hak Pemegang
Saham • Mendengar dan memberikan pendapat tentang laporan
tahunan aktiviti dan laporan kewangan syarikat
• Mempersoalkan polisi syarikat jika diperlukan
• Mengundi untuk meluluskan atau menolak setiap
cadangan oleh ahli lembaga pengarah
Rajah 1.15 Hak pemegang saham
8 9
01.4 RANGER PENIAGA SPM.indd 9 29/12/2021 4:05 PM

