Page 35 - Ranger SPM 2022 Perniagaan
P. 35
Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
8. Dua jenis syarikat berhad mengikut Akta Syarikat 2016 dan ciri-cirinya adalah
seperti berikut:
• Bilangan ahli dibenarkan adalah terhad iaitu dua sehingga 50
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
orang sahaja
• Modal diperoleh daripada penerbitan saham
• Pemegang saham terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, dan
rakan-rakan
Tingkatan 4 Sendirian • Saham tidak bebas diurusniagakan. Sebarang pindah milik saham
• Saham syarikat tidak boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia
Syarikat
perlu mendapatkan kebenaran daripada ahli lembaga pengarah
Berhad
• Pemegang saham menanggung liabiliti terhad
• Pemegang saham terbesar berhak mengawal setiap operasi
syarikat
• Keuntungan syarikat diagihkan dalam bentuk dividen kepada
pemegang saham
• Keuntungan syarikat dikenakan cukai pendapatan syarikat
• Jangka hayat perniagaan adalah panjang dan berterusan
• Bilangan ahli dibenarkan adalah antara dua hingga tiada had
maksimum
• Modal diperoleh daripada penerbitan saham dan penjualan bon
kepada orang awam
Syarikat • Saham syarikat boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia
Awam • Saham bebas diurusniagakan tanpa mendapatkan kebenaran
Berhad daripada ahli lembaga pengarah
• Pemegang saham menanggung liabiliti terhad
• Pemegang saham majoriti dapat mengambil alih pengurusan
syarikat daripada pemegang saham asal
• Keuntungan syarikat diagihkan dalam bentuk dividen kepada
pemegang saham
• Jangka hayat perniagaan panjang dan berterusan
9. Agihan keuntungan syarikat berhad adalah dalam bentuk dividen kepada semua
pemegang syer.
10. Contoh syarikat sendirian berhad ialah Syarikat Kim Long Sdn. Bhd. dan Jasmin
Sabun Sendirian Berhad.
11. Contoh syarikat awam berhad ialah Petroliam Nasional Berhad, Tenaga Nasional
Berhad dan IOI Group.
10 11
01.4 RANGER PENIAGA SPM.indd 10 29/12/2021 4:05 PM

