Page 48 - Genius PBD Sejarah Thn 4 (EG)
P. 48
Sejarah Tahun 4 Unit 2 Saya dan Keluarga Tarikh:
6. Secara berkumpulan, jawab soalan-soalan berikut. Kemudian, bentangkan hasil dapatan di
hadapan kelas. SP K1.2.5 TP 6 Menilai PAK21 Perbincangan Bebas
Aktiviti PAK–21
(a) Senaraikan empat ciri keluarga bahagia.
(i) Harmoni.
(ii) Saling menyayangi.
(iii) Bantu-membantu.
(iv) Prihatin dan mengambil berat.
(b) Apakah kesan jika kehidupan keluarga tidak bahagia? Menilai
Penceraian, masa depan anak-anak terjejas, terpengaruh oleh budaya negatif, gagal
dalam peperiksaan dan menghadapi tekanan perasaan.
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
(c) Bagaimanakah cara untuk mengekalkan kebahagiaan keluarga? Mencipta
Melaksanakan tanggungjawab masing-masing, bersikap terbuka, menerima teguran
dan nasihat, tidak mementingkan diri dan bertolak ansur.
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
(d) Cadangkan empat amalan beradab dalam keluarga. Mencipta
(i) Memanggil anggota keluarga dengan panggilan yang betul.
(ii) Meminta izin sebelum keluar rumah.
(iii) Bercakap dengan sopan dan tidak meninggikan suara.
(iv) Segera meminta maaf jika membuat kesalahan.
( Mana-mana jawapan yang munasabah)
TAHAP PENGUASAAN ( ) 1 2 3 4 5 6
Tandatangan Guru: _____________________________________________________ Tarikh: ______________________
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 16
02 Genius PBD (2023) Sej Thn 4.indd 16 20/09/2022 9:43 AM

