Page 35 - PWR UP SEJARAH TG3
P. 35
Sejarah Tingkatan 3 Bab 2
PBD
PBD
PBD 2.4 Pentadbiran Negeri-negeri Selat Buku Teks ms. 48 – 49
14. Pada tahun 1867, pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.
Lengkapkan rajah berikut yang menunjukkan pentadbiran Negeri-negeri Selat. SP 7.2.4 TP3
Ciri-ciri pentadbiran Negeri-negeri Selat di bawah SHTI (1826 – 1857)
Pentadbiran diketuai oleh Gabenor.
(a) Gabenor dibantu oleh Residen Konsular.
(b) Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran yang pertama.
(c) Pusat pentadbiran berpindah ke Singapura pada tahun 1832.
Ciri-ciri pentadbiran Negeri-negeri Selat di bawah Pejabat India
(1858 – 1867)
Undang-undang British dikuatkuasakan di Negeri-negeri Selat.
(d) Pejabat India tidak mampu mentadbir Negeri-negeri Selat dengan baik berikutan
pemberontakan di India.
(e) Pejabat India tidak memberikan perhatian bagi melindungi saudagar Negeri-negeri Selat.
(f) Sikap Pejabat India menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan saudagar Negeri-
negeri Selat.
Sebab-sebab pentadbiran Negeri-negeri Selat berpindah ke
Pejabat Tanah Jajahan di London
Tiada wakil Negeri-negeri Selat berpindah ke Pejabat Tanah Jajahan di London.
(g) Pejabat India gagal mengawal masalah rompakan terhadap kapal dagang dan
pertelingkahan kumpulan Cina di Negeri-negeri Selat.
(h) Pejabat India mahu menjadikan mata wang rupee India sebagai mata wang rasmi Negeri-
negeri Selat.
(i) Cadangan Pejabat India mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat akan
menjejaskan taraf pelabuhan bebas.
(j) Hasrat Pejabat India untuk menjadikan Negeri-negeri Selat tempat pembuangan banduan
akan menjejaskan imej Negeri-negeri Selat.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 24
02 (EG) POWER UP Sej Ting 3.indd 24 16/10/2020 9:20 AM

