Page 36 - PWR UP SEJARAH TG3
P. 36
Sejarah Tingkatan 3 Bab 2
15. Berdasarkan pernyataan berikut, jawab soalan berikut dengan tepat dan ringkas. SP 7.2.4 TP6
Kemerdekaan bukan suatu keadaan semula jadi dan penjajahan bukan sudah lesap sama sekali.
Hakikatnya ialah penjajahan jenis baharu telah dicipta dan penjajahan ini telah berjaya menakluk
semula negara dan bangsa yang telah mencapai kemerdekaan. Penjajahan yang dimaksudkan
ialah penjajahan ekonomi, penjajahan ideologi, dan penjajahan kebudayaan.
– Petikan kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohammad, 30 Ogos 1987 –
(a) Dengan memberi contoh, terangkan bentuk penjajahan baharu pada masa kini.
Penjajahan pemikiran berlaku apabila seseorang individu dipengaruhi pemikirannya melalui media
massa seperti filem, muzik, kesenian dari negara lain. Individu juga akan dipengaruhi oleh laman sosial
seperti Facebook. Sebagai contoh, ramai generasi muda hari ini terpengaruh dengan budaya Korea
melalui muzik K–pop. Penjajahan lain yang berlaku pada zaman kini ialah penjajahan ekonomi. Sesebuah
negara akan kehilangan kedaulatan jika negara itu meminta bantuan kewangan atau pinjaman dari
negara lain. Bantuan kewangan yang diterima oleh sesebuah negara membolehkan kuasa asing atau
negara peminjam campur tangan dalam hal negara tersebut.
(b) Sebagai generasi muda hari ini, bagaimanakah anda mempertahankan diri daripada penjajahan bentuk
baharu?
Kita hendaklah mengamalkan pemikiran yang rasional dan bijak membezakan perkara yang baik dengan
yang buruk. Di samping itu, generasi muda haruslah mempunyai jati diri yang kukuh dan berbangga
dengan identiti budaya dan tradisi kita sendiri. Kita tidak seharusnya mengagung-agungkan budaya
negara lain. Generasi muda juga hendaklah belajar bersungguh-sungguh menimba ilmu pengetahuan
dan meningkatkan pelbagai kemahiran untuk memajukan diri sekaligus mengukuhkan ekonomi
negara. Kita haruslah mengasah bakat kreatif dan inovatif untuk bersaing dengan negara lain dalam
semua bidang ekonomi.
16. Lakukan aktiviti berikut. SP 7.2.4 TP5
AKTIVITI PAK-21 Kafe
(a) Murid duduk secara berkumpulan mengelilingi sebuah meja.
(b) Guru meletakkan tajuk perbincangan di tengah-tengah meja tersebut.
Walaupun penjajahan British merupakan suatu pengalaman pahit dalam sejarah negara,
namun kesannya telah membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah pembentukan
dan pengukuhan negara dari segi politik, ekonomi, dan sosial.
(c) Secara berkumpulan, murid membincangkan tajuk tersebut.
Kriteria Kejayaan: .............................................................................................
Saya berjaya:
• memperincikan corak pentadbiran Negeri-negeri Selat.
25 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
02 (EG) POWER UP Sej Ting 3.indd 25 16/10/2020 9:20 AM

