Page 6 - PRE-U STPM PENGAJIAN AM TERM 2
P. 6
Pengajian Am Penggal 2 STPM Bab 1 Linear kepada Bukan Linear
Pengenalan Rujuk Silang
Pengaplikasian kemahiran BAHAGIAN
1 Bahagian ini bertujuan untuk memupuk serta meningkatkan ini akan diterapkan dalam
kebolehan pelajar menukarkan bentuk linear atau bentuk teks kepada Bahagian 2, Bab 4 Cabaran 1
dan Penyelesaian.
bentuk bukan linear, iaitu bentuk grafik seperti jadual, graf, carta,
dan gambar rajah.
2 Semua maklumat yang diberikan dalam sesebuah petikan boleh
ditafsir, kemudian diolah untuk dipersembahkan dalam bentuk
grafik yang sesuai.
3 Setelah kehendak soalan dan bentuk grafik dikenal pasti, pelajar
perlu memindahkan data-data ke dalam bentuk jadual.
4 Berdasarkan jadual tersebut, pelajar perlu melukis graf yang sesuai
bagi memaparkan kesemua data yang diperlukan.
5 Biasanya, perkara yang perlu diberikan perhatian semasa proses
melukis graf terdiri daripada empat komponen, iaitu:
(a) Pengelasan angkubah
(b) Kesesuaian teknik melukis graf
(c) Ketepatan isi
(d) Kejelasan grafik yang dipersembahkan
6 Pelajar dinasihati agar memberikan perhatian yang teliti kepada
keempat-empat komponen.
7 Antara kelemahan yang biasa dilakukan oleh pelajar seperti
kesalahan bentuk grafik yang dibina tidak menepati kehendak soalan,
kedudukan graf yang tidak begitu sesuai, dan isi yang tidak tepat dari
segi data, skala, petunjuk, nilai, serta sumber.
Jenis Teks Bukan Linear
Jadual
1 Jadual ialah ruangan yang disediakan untuk mengisi data-data
penting yang terdapat dalam petikan.
2 Pelajar perlu mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat seperti
bilangan penduduk, jenis hasil, dan sebagainya.
3 Cara penyediaan jadual adalah seperti yang berikut:
(a) Sediakan ruang-ruang mengikut baris dan lajur untuk
dimasukkan setiap pemboleh ubah. Kemudian, letakkan judul
bagi setiap ruang.
(b) Judul hendaklah tepat berdasarkan petikan yang diberikan.
Misalnya, bulan, jenis, jumlah, perkara, dan sebagainya.
(c) Nyatakan nilai di dalam ruang judul seperti peratus, ribu orang,
juta tan, dan sebagainya.
(d) Susun semua data yang diberikan dalam petikan dengan teratur
dan sistematik. Susunan hendaklah jelas supaya mudah dialihkan
kepada bentuk bukan linear.
(e) Tajuk hendaklah diletakkan pada bahagian atas jadual.
(f) Sumber pula ditulis pada bahagian bawah sebelah kanan jadual.
3
STPM PA P2_Bhg 1_Bab1.indd 3 10/9/18 3:29 PM

