Page 8 - PRE-U STPM PENGAJIAN AM TERM 2
P. 8
Pengajian Am Penggal 2 STPM Bab 1 Linear kepada Bukan Linear
(f) Cara pengiraan skala adalah seperti yang berikut.
30 000 buah kapal (nilai tertinggi) BAHAGIAN
—————————–
12 cm (12cm – 16 cm dicadangkan)
= 2500 1
Oleh itu, skala : 1cm = 2500 buah kapal
(g) Tulis tajuk dengan huruf besar dan pastikan ada tiga item
yang penting, iaitu negara, perkara, dan tahun. Contohnya,
MALAYSIA: KAPAL PENANGKAPAN IKAN YANG
DILESENKAN DARI TAHUN 2003 HINGGA TAHUN 2007.
Contoh:
MALAYSIA: KAPAL PENANGKAPAN IKAN YANG DILESENKAN DARI
TAHUN 2003 HINGGA TAHUN 2007
Bilangan Kapal Penangkapan Ikan (ribu buah)
30
25
20
15
10
5
0 Tahun
2003 2004 2005 2006 2007
Skala : 1 cm : 2 500 buah
Petunjuk :
Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Jabatan Perikanan, 2008
2 Graf Bar Komponen Kata kunci graf bar komponen
(a) Graf bar komponen ialah graf bar yang dilukis dalam keadaan menunjukkan jumlah
terpisah dengan jarak yang tetap antara bar.
(b) Graf bar jenis ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu graf bar
komponen (peratus) dan graf bar komponen (jumlah).
(c) Setiap bar mewakili pemboleh ubah seperti amaun atau peratus.
(d) Paksi mendatar mewakili bulan, tahun, dan sebagainya manakala
paksi menegak mewakili jumlah, bilangan, dan sebagainya.
(e) Petunjuk, skala, dan sumber hendaklah ditulis di bahagian
bawah graf.
5
STPM PA P2_Bhg 1_Bab1.indd 5 10/9/18 3:30 PM

