Page 3 - Buletin JSKM 2020
P. 3

1





















                                                      Dari Meja Koordinator








             Bi s mi l l ahi r r ahmani r r ahi m  . As s al amual ai kum    War ahmat ul l ahi    Wab ar akat uh  .

             Setinggi-tinggi  kesyukuran  dipanjatkan  ke  hadrat  Allah  S.W.T  dengan  izinNya  buletin
             JSKM  dapat  diterbitkan  sekali  lagi  bagi  tahun  2020.  Syabas  buat  Unit  Penerbitan  JSKM
             yang  telah  mengembleng  tenaga,  usaha  dan  fikiran  untuk  menerbitkan  naskah  tahunan
             ini tanpa gagal.


             Buletin  JSKM  ini  di  terbitkan  dengan  matlamat  utama  penghasilannya  adalah  untuk
             merakamkan  aktiviti-aktiviti  tahunan  yang  telah  berjaya  dilaksanakan  oleh  JSKM  di
             samping  menerapkan  kemahiran  untuk  menghasilkan  penulisan  kreatif  di  kalangan
             pensyarah JSKM dalam bidang masing-masing.


             Tahun  2020  merupakan  tahun  yang  dipenuhi  dengan  norma-norma  baharu  akibat
             daripada  pandemik  covid-19.  Justeru  itu  perlaksanaan  aktiviti  juga  perlu  dibudayakan
             mengikut  norma-norma  baharu  yang  telah  digariskan.  Walaupun  dengan  pelbagai
             kekangan  yang  dihadapi,  Alhamdulillah  JSKM  masih  berjaya  melaksanakan  beberapa
             aktiviti  dengan  baik  sekali.Terima  kasih  yang  tidak  terhingga  buat  semua  warga  JSKM
             yang  telah  memberikan  komitmen  yang  sangat  baik    dalam  menjayakan  semua  aktiviti
             yang telah dirancang oleh unit masing-masing.


             Semoga Buletin ini akan terus menjadi platform yang bermanfaat untuk pensyarah JSKM
             berkongsi     pengalaman,       pengetahuan,      idea,   ilmu,    dan    kepakaran      seterusnya
             memantapkan amalan penghayatan budaya ilmu .


             Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T




             Puan Norazah binti Umar
             Koordinator
             Jabatan Sains Komputer dan Matematik
             UiTM Cawangan Pulau Pinang
   1   2   3   4   5   6   7   8