Page 8 - Buletin JSKM 2020
P. 8

6





               ╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮


                                                                                                :
                               ‘                                                                           /            ’.
                                                           : ℨ                           

                       Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diberi
               amanah oleh Rektor UiTMCPP untuk mengindahkan kawasan lot no.8 iaitu kawasan yang berdekatan
               dengan kafe. Projek ini diketuai oleh Dr. Nor Hanim Abd Rahman, ditulangi bersama 5 AJK induk
               terdiri dari Pn. Noor’Aina Abdul Razak, Pn. Zuraira Libasin, En. Cheng Siak Peng, En. Mawardi
               Omar  dan  En.  Mohd  Syafiq  Abd  Rahman.  Objektif  aktiviti  ini  adalah  untuk  menyokong  dan
               merialisasikan hasrat Rektor UiTMCPP kawasan di dalam UiTMCPP dengan lanskap yang sesuai dan
               menarik. Di samping itu, aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim di
               kalangan staf JSKM. Aktiviti ini juga dapat menyihatkan badan kerana melibatkan banyak kerja yang
               mengeluarkan peluh. Di samping itu juga, ianya secara tidak langsung merupakan aktiviti khidmat
               masyarakat staf dalam bentuk sumbangan tenaga, material serta wang ringgit, dimana JSKM berjaya
               mengumpulkan  sejumlah  RM1697.30  sebagai  tambahan  bajet  RM1000.00  yang  pihak  UiTMCPP
               sediakan. Antara kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti berikut:

               Minggu                     Aktiviti
               1 (2/9/2020 – 4/9/2020)    •     Meratakan tanah
                                          •     Mencabut/mencangkul rumput/lalang, batu, tunggul kayu
                                          •     Meracun rumput
                                          •     Menyusun bata
               2 (7/9/2020 – 11/9/2020)   •     Menanam pokok bunga
                                          •     Menyusun steppingstones
                                          •     Membina sungai dari pebbles
               3 (14/9/2020 – 18/9/2020)   •    Melengkapkan lanskap dengan batu kerikil dan batu sungai
                                          •     Mengecat batu bata
                                          •     Menanam pokok bunga
                                          •     Menyusun bata merah sebagai laluan bomba
                                          •     Memasang lampu solar
               4 (21/9/2020 – 25/9/2020)   •    Sambung mengecat bata yang mengelilingi tulisan “I      JSKM”
                                          •     Memasang sprinkler
                                          •     Trim pokok di tengah supaya menjadi seperti pokok bonsai.

                        Aktiviti ini dijangka akan menjadi aktiviti wajib JSKM di bawah Unit 5S JSKM. Jadual giliran
               bagi menjaga keindahan lanskap akan diwujudkan agar lanskap sentiasa dalam keadaan baik, cantik
               dan terpelihara.
















               ─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13