Page 136 - Buletin JSKM 2021
P. 136

135




                                             ADA KETIKANYA…NAMUN
                                          Elly Johana Johan dan Zalilah Abd Aziz

                Ada ketikanya
                Orang yang kau anggap gila itu
                Jelek dan menjengkelkan
                Namun
                Disisi maha pencipta
                Dia bertaraf wali sempurna

                Ada ketikanya
                Orang yang kau sangka tidak berketerampilan
                Kedekut wang belanja untuk bergaya
                Namun
                Dia dikenali oleh penghuni langit di atas sana
                Kerana sikap zuhud dan tawaduk yang mengikat dirinya

                Ada ketikanya
                Orang yang kau sangka kurang bicara itu
                Tidak mempunyai akal fikiran yang bernas
                Namun
                Dari satu perspektif yang lain
                Dia bijak merencana tanpa suara

                Ada ketikanya
                Orang yang kau pernah fitnah dan cerca
                Zalimi tanpa kau rasa bersalah
                Namun
                Dia tahu punca segala, ibu pencetus angkara
                Dan masih mampu menadah tangan memohon ampun untuk semua

                Ada ketikanya
                Kau rasa diri sempurna hebat bekerja
                Mendabik dada bersifat akulah segala
                Namun
                Takut segala amalan jadi sia-sia
                Kerana rasa riak telah berkuasa

                Ada ketikanya
                Tangan laju meluncur di papan kekunci
                Menjadi penambah perisa penyedap rasa
                Namun
                Moga aku, kau dan dia tidak terlupa
                Jangan jadi penyedia kandungan isinya mengadu domba

                Ada ketikanya
                Kita terlalu berprasangka dan terlupa
                Kadang bersuara bagi pihak yang Maha Kuasa
                Namun
                Kita sendiri tidak tahu apa-apa
   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141