Page 132 - Buletin JSKM 2021
P. 132
131
TOKOH KEMERDEKAAN
Wan Nur Shaziayani Bt Wan Mohd Rosly
Tokoh kemerdekaan yang saya sanjungi adalah TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-
HAJ.
Beliau merupakan Perdana Menteri Pertama Malaysia.
Berpendidikan tinggi dan banyak berjasa pada negara.
Digelar sebagai Bapa Kemerdekaan.
Beliau telah mengadakan perbincangan di London untuk menuntut kemerdekaan.
Selain itu, beliau telah berusaha menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
seperti Melayu, Cina, India, Kadazan dan Murut.
Terima kasih kepada usaha murni Tunku Abdul Rahman.
Kita semua hidup aman damai dan makmur.
Tokoh Kemerdekaan kedua yang saya sanjungi adalah TOK JANGGUT.
Nama sebenar beliau ialah Haji Mat Hassan bin Munas.
Beliau merupakan wira Kelantan.
Tok Janggut telah mengetuai rakyat Kelantan menentang British.
Pihak British telah mengenakan cukai dan menindas rakyat.
Beliau bukan sahaja wira yang menuntut kemerdekaan dengan penjajah British,
tetapi juga seorang guru agama yang tinggi ilmunya dan disegani rakyat
Kelantan

