Page 147 - Buletin JSKM 2021
P. 147

146




                                               PAKAIAN TRADISIONAL
                                         Wan Nur Shaziayani Bt Wan Mohd Rosly




                 Bunga Raya megah tak kan layu,

                 Indah menarik pelbagai warna,

                 Segak bergaya baju melayu,

                 Bersongkok cantik amatlah kena.



                 Sawah ladang luas tak terperi,

                 Bukit didaki secara santai,

                 Sekali pandang kacak berseri,

                 Capal di kaki elok dipakai.



                 Warga emas keluar berkelah,

                 Bawa bekal pembuka selera,

                 Bersampin kemas anak sekolah,


                 Sungguh cekal kibarkan bendera.
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152