Page 149 - Buletin JSKM 2021
P. 149
148
‘WFH’ MAMA
Fuziatul Norsyiha Ahmad Shukri
“Ting..ting..tang..ting” Alarm telefon bimbit mama berbunyi,
Seawal 6 pagi tugasan mama sudah menanti,
Usai mandi dan solat,mama terus ke dapur mencari kuali,
Chef mama mula beraksi,
Nasi goreng,bihun goreng dan pulut inti,
antara menu sarapan pagi untuk dinikmati.
Selesai sarapan pagi,mama mula bertukar kerjaya,
Daripada chef menjadi cikgu yang berwibawa,
Cikgu darjah satu juga cikgu tadika,
Katakan sahaja matapelajaran apa,
Semuanya sentiasa bermain di kepala.
Iman mama sekejap rendah sekejap tinggi,
Sabar dan marah kadang silih berganti,
Menjadi cikgu disiplin dan cikgu vokal itu sudah pasti,
Lontaran vokal mama adakalanya menusuk hati,
Maafkan mama wahai anak- anak yang mama cintai.
Selasai pdpr gembiranya hati mama tidak terkira,
Namun, perut pula mula berirama,
Mama sekali lagi ke dapur menyiapkan menu mudah sesedap rasa,
Kenyang perut, kini mama boleh menjadi pensyarah sepenuh masa,
Melaksanakan tugasan hakiki seperti yang diminta,
Betul kata pepatah, masa amat mencemburui kita,
6 petang mama “clock out” untuk mengisi masa bersama keluarga,
Adakalanya kerja disambung ke malam itu biasa.
Begitulah rutin harian mama yang ‘wfh’ bersama anak-anak tercinta,
Penat, letih kadang tidak terkata,
Amanah dan tanggungjawab perlu dilaksanakan juga,
Syukur adanya ‘food panda’ membantu sekali sekala,
Semoga semua mama, ibu, mummy, bonda terus cekal dan bersemangat waja,
Mudah-mudahan ada ganjaran menanti di ‘sana’.
Nukilan;
Mama anak tiga

