Page 4 - Buletin JSKM 2021
P. 4

3







                                       DARI MEJA KOORDINATOR

                                          Puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t yang telah memberikan
                                          rahmat dan kurnianya. Sekalung penghargaan kepada Ketua
                                          Editor ,semua jawatankuasa unit penerbitan dan semua yang
                                          terlibat  dengan penerbitan Buletin Jskm 2021 ini. Dengan
                                          kerjasama  semua  akhirnya  sekali  lagi  JSKM  dapat
                                          menerbitkan buletin tahunan bagi tahun 2021 yang menjadi
                                          naskhah penting bagi merakamkan aktiviti tahunan JSKM.

                                                 Buletin  ini  juga  diterbitkan  selari  dengan  salah  satu
                                         objektif  UiTM  untuk  meningkatkan  bilangan  penulisan  di
                kalangan para pensyarah. Mengimbangi tanggungjawab sebagai pendidik dan pada
                masa yang sama menghasilkan penulisan ilmiah, melakukan penyelidikan, menjadi
                rujukan  dalam  bidang  dan  kepakaran  masing-masing,  menghasilkan  produk  atau
                karya kreatif yang mampu dikomersilkan dan lain-lain lagi merupakan cabaran kepada
                ahli  akademik  di  institusi  pendidikan  tinggi.  Walaupun  ditambah  dengan  cabaran
                pandemik  Covid  19  masih  belum  berakhir,  JSKM  akan  terus  merancang  pelbagai
                transformasi  bagi  memastikan  cabaran-cabaran  tersebut  ditangani  dengan  penuh
                bijaksana dan terancang agar kelestarian universiti ini dapat dikekalkan.

                       Saya juga amat berharap agar penerbitan ini akan membuka laluan kepada
                penerbitan-penerbitan susulan. Koleksi seperti ini merupakan naskah jabatan yang
                perlu  disimpan  untuk  rujukan  generasi  akan  datang.  Besar  manfaatnya  kepada
                jabatan jika penulisan seperti ini dapat dihimpun atau dibukukan. Justeru itu saya akan
                terus meggalakkan pensyarah-pensyarah di JSKM agar sentiasa aktif dalam aktiviti-
                aktiviti penerbitan artikel ,jurnal dan semua penulisan ilmiah dan karya kreatif.

                       Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang telah menyumbangkan
                tenaga dan idea sehingga terbitnya buletin ini.

                Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T

                Norazah binti Umar



                Koordinator
                Jabatan Sains Komputer dan Matematik
   1   2   3   4   5   6   7   8   9