Page 8 - Buletin JSKM 2021
P. 8

7




                               LAPORAN PENCAPAIAN PERANCANGAN STRATEGIK
                                                  (sehingga 31 Julai 2021)
                                                   Mahanim binti Omar

                Pengenalan

                Pada tahun 2020, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melancarkan rancangan strategi
                lima tahun, UiTM2025, dalam usaha mentransformasikan UiTM menjadi sebuah Universiti
                yang  Terkenal  di  Dunia  (Globally  Renowned  University)  menjelang  tahun  2025.  Bagi
                mencapai sasaran ini, UiTM Shah Alam telah menetapkan petunjuk prestasi (PI) yang perlu
                dicapai.  PI  ini  diagihkan  kepada  UiTM  cawangan,  fakulti  dan  jabatan  UiTM  di  seluruh
                Malaysia. UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah diamanahkan dengan 64 PI untuk
                dicapai. Dari jumlah ini, 23 PI telah diagihkan kepada Jabatan Sains Komputer dan Matematik
                (JSKM).  Gambarajah  1  menunjukkan  kategori  PI  yang  diamanahkan  kepada  JSKM  serta
                pencapaian sehingga 31 julai 2021.


                                 PENGURUSAN           PENERBITAN         PENYELIDIKAN

                                 (bil PI:6, capai 2)   (bil. PI: 5, capai 2)   (bil. PI: 4, capai 0)


                                     KEUSAHAWANAN               JALINAN KOMUNITI,

                                                             INDUSTRI & MASYARAKAT
                                     (bil. PI: 1, capai 1)        (bil. PI: 7, capai 4)

                                                  Gambarajah 1: Kategori PI
                Pelan Tindakan Strategik
                 Bagi  memastikan  pencapaian  PI  ini,  satu
                 Pelan  Tindakan  Strategik  (SAP-Strategic
                 Action Plan) telah diatur oleh ketua-ketua
                 unit  yang  terlibat  seperti  yang  dipaparkan
                 dalam  infografik  di  Gambarajah  2.  Pada
                 awal  tahun,  wakil  jabatan  bersama  ketua
                 jabatan dikehendaki membentangkan Pelan
                 Tindakan Strategik bagi mencapai PI yang
                 telah diamanahkan. Walau bagaimanapun,
                 disebabkan  pandemik  Covid-19  masih
                 belum  berakhir  serta  kehadiran  varian
                 corona  yang  baru  dalam  negara,  beberapa
                 aktiviti  terutamanya  yang  melibatkan
                 masyarakat tidak dapat dilaksanakan.
                 Secara  umumnya,  tugas  wakil  jabatan
                 dalam  Unit  Perancangan  Strategik  (PS)
                 ialah  melaporkan  serta  mengemaskini
                 pencapaian  jabatan  pada  setiap  bulan.
                 Pencapaian  tersebut  kemudiannya  akan
                 disahkan oleh ketua unit bahagian tersebut
                 sebelum dihantar kepada Shah Alam. Wakil
                 di Shah Alam sekali lagi akan mengesahkan    Gambarajah 2: Pelan Tindakan Strategik
                 PI  tersebut  sebelum  dicatatkan  sebagai                   JSKM
                 pencapaian cawangan.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13