Page 78 - Buletin JSKM 2021
P. 78

77




                        GIELIS’ SUPERFORMULA: LAKARAN CORAK ALAM SEMULA JADI
                                                      Rafizah Kechil
                       Corak geometri boleh ditemui pada pelbagai hidupan di alam semula jadi ini. Sebagai
                contoh,  kepingan  salji  mempunyai  corak  geometri  heksagon,  manakala  rama-rama  pula
                mempunyai  corak  simetri  pada  sayapnya.  Kebanyakan  jenis  bunga  juga  mempunyai  corak
                simetri.
                                                                 Kajian  mengenai  corak  geometri  pada
                                                            hidupan  telah  lama  dilakukan  oleh  ramai
                                                            penyelidik. Tarikan pada corak geometri pada
                                                            hidupan  alam  semula  jadi  ini  juga  telah
                                                            menjadi inspirasi kepada Johan Gielis, seorang
                                                            penyelidik botani dan matematik dari Belgium
                                                            menakrif    formula    yang    diberi   nama
                                                            Superformula,

                                                                                     1
                                                               r ( ) =q
                                                                       1    æ  1  ö  2 n  1  æ  1  ö  3 n
                                                                     1 n  cosç  m ÷ q  +  sinç  m ÷ q
                                                                       a    è 4   ø     b    è 4   ø

                                                            bertujuan untuk melakar corak simetri hidupan
                                                            semula jadi
                                                                 Superformula  boleh  digunakan  untuk
                                                            menggambarkan banyak bentuk dan lengkung
                                                            kompleks yang terdapat di alam semula jadi.
                                                            Sebagai  contoh,  penulis  telah  melakar  corak
                                                            sayap  rama-rama,  daun  dan  kelopak  bunga
                                                            menggunakan  Superformula.  Lakaran  corak-
                                                            corak ini dibuat menggunakan perisian Maple.










                      Kajian mengenai corak geometri membawa banyak manfaat. Melalui kajian geometri
                 ini, lebih ramai yang akan menghargai peranan matematik dalam hidupan harian kerana
                 dapat mengaitkan ciptaan Yang Maha Esa dengan ilmu matematik yang dipelajari. Pelbagai
                 lakaran  juga  dapat  dihasilkan  menggunakan  persamaan  matematik  tertentu.  Malahan,
                 pelbagai ciptaan produk dihasilkan inspirasi daripada corak-corak hidupan di alam semula
                 jadi.
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83