Page 9 - BUKU MNT MSY AGUNG KE28 TEST
P. 9

Mesyuarat Agung PIBG KVSA Ke-28

               6.0    MEMBENTANG,  MENERIMA  DAN  MELULUSKAN  PENYATA  KEWANGAN  PIBG
                      YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2018


                      6.1    Puan  Zuleika  Binti  Zulkarnaen  selaku  Bendahari  Kehormat  PIBG  Sesi  2018/2019

                             membentangkan Penyata Kewangan PIBG dengan merujuk halaman 23 sehingga 28 dalam
                             buku mesyuarat.
                      6.2    Encik Baharudin bin Ali mencadangkan agar Penyata Kewangan PIBG Sesi 2018/2019

                             diterima dan disahkan. Cadangan telah disokong oleh Encik Arshad bin Saidin dan diterima
                             sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat..


               7.0    LAMPIRAN 1

                      Usul 1

                      Encik Azman Bin Marjuki mewakili pihak kolej mencadangkan agar pihak kolej mengadakan suatu
                      aktiviti yang dapat menambah dana kecemerlangan sukan dan kurikulum seperti program larian

                      terbuka yang melibatkan penyertaan orang awam yang diberi nama ‘Fun Run’ bertujuan membantu
                      meningkatkan dana kecemerlangan sukan Kolej Vokasional Shah Alam.


                      Usul tersebut disambut baik oleh ahli mesyuarat dan dipersetujui sebulat suara.


                      Usul 2
                      Puan  Salmah  Binti  Alighor  telah  mengusulkan  agar  bayaran  sumbangan  PIBG  dinaikkan  dari
                      RM100 kepada RM120 bagi pembangunan kokurikulum pelajar KVSA. Wang berjumlah RM20
                      tersebut akan diperuntukkan kepada pelajar yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum di peringkat

                      sekolah, daerah dan kebangsaan seperti Voktek, KV Skill dan sebagainya.
                      En.Ghaffar  mencadangkan  agar  KVSA  dijadikan  pusat  kecemerlangan  permainan  Softball

                      memandangkan KVSA mempunyai jurulatih yang berkaliber dan sentiasa mendapat tempat dalam
                      permainan tersebut.


                      Usul tersebut diterima dan akan diambil tindakan setelah mesyuarat PIBG kali ke 27 ini
                      selesai.


                      Usul 3
                      AJK PIBG KVSA iaitu Puan Salmah Binti Alighor mencadangkan agar bayaran internet

                      sedia ada iaitu RM30 per tahun dinaikkan kepada RM50 per semester. Jaringan internet
                      akan dilebarkan secara menyeluruh ke asrama dan juga bengkel.


                      Usul ini diterima dengan baik.
                                                                                                            9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14