Page 13 - BUKU MNT MSY AGUNG KE28 TEST
P. 13

Mesyuarat Agung PIBG KVSA Ke-28

               LAPORAN AKTIVITI PIBG 2019


               1.  PENGENALAN


                      1.1.   Seperti yang semua maklum, fungsi utama penubuhan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru atau
                             lebih dikenali sebagai PIBG di sesebuah sekolah adalah sebagai badan sokongan kepada
                             pihak pengurusan sekolah. Dalam melaksanakan usaha menyampaikan ilmu pengetahuan

                             dan memberikan pendidikan kepada pelajar, PIBG dilihat sebagai pemudah cara dalam
                             proses  mambangunkan  potensi  akademik,  kemahiran  kendiri,  sahsiah  dan  juga

                             kokurikulum para pelajar selaras dengan perkembangan bidang pendidikan pada masa kini.
                             Justeru, potensi diri yang disebut di atas akan diambil kira apabila pelajar itu melangkah
                             keluar dari alam persekolahan. Sebagai rakan sokongan kepada pengurusan sekolah, PIBG

                             secara  tidak  langsung  memainkan  peranan  yang  tidak  kurang  pentingnya  dalam
                             membentuk masa depan pelajar menjadi modal insan yang lebih cemerlang dan lengkap
                             untuk hari-hari mendatang.


                      1.2.   Secara umumnya, fungsi PIBG ini lebih kepada membawa masuk dana untuk digunakan
                             dalam proses membentuk kendiri pelajar. Tetapi berdasarkan pengalaman dan kekangan

                             masa serta ditambah lagi dengan ahli-ahli PIBG yang kebanyakan tinggal agak jauh dari
                             kolej, maka sebarang program yang melibatkan pihak kolej dan ibu bapa terdapat sedikit

                             kekangan. Atas kekangan-kekangan di atas, PIBG Kolej Vokasional Shah Alam banyak
                             bergantung kepada sumbangan RM120.00 yang disumbang oleh setiap pelajar. Dengan
                             dana yang terkumpul, pelbagai program dan aktiviti yang pihak kolej laksanakan untuk

                             faedah bersama.

                      1.3.   Selain  itu,  aktiviti  Celik  Al-Quran  yang  dipersetujui  oleh  ahli  mesyuarat  PIBG  untuk
                             menyumbang RM200.00 bagi setiap pelajar Sijil Vokasional Malaysia iaitu bagi Tahun 1
                             dan Tahun 2 berjalan dengan baik dan menampaknya kesan yang positif dalam usaha Unit

                             Pendidikan Agama Islam KVSA supaya pelajar-pelajar celik Al-quran khasnya.



               2.  PROGRAM DAN AKTIVITI


                   Berikut adalah antara program dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dan dibiayai sama ada
                   sepenuhnya atau sebahagian daripadanya untuk faedah dan manfaat kepada para pelajar KVSA
                   khasnya.



                                                                                                          13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18