Page 4 - iMessage 2021
P. 4
KATA ALU-ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN
PUTRAJAYA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Hebatkan Putrajaya.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnia dan keizinanNya, saya diberi kesempatan untuk memberi sepatah dua
kata dalam buku peraturan sekolah iMassage bagi tahun 2020.
Saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada
warga SMK Putrajaya Presint 16(1) terutamanya kepada pengurusan Unit
Hal Ehwal Murid dan Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas SMK Putrajaya
Presint 16(1) tahun 2021. Syabas dan tahniah juga diucapkan kerana telah
berjaya menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat kerjasama yang
jitu dalam merealisasikan buku peraturan sekolah iMessage yang
melambangkan imej serta identiti sekolah yang tersendiri.
Disiplin diri amat mustahak dalam kalangan murid-murid bagi menentukan
tahap kejayaan mereka sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum.
Tidak dapat dinafikan bahawa usaha yang digarap oleh murid cemerlang
dalam akademik perlu diiringi dengan tahap disiplin diri yang tinggi agar
sahsiah yang terpuji akan terserlah. Hal ini amat bertepatan sekali dengan
visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Pendidikan Berkualiti,
Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Tuntasnya, KPM telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni
secara komprehensif dan bersepadu dalam PPPM 2013-2025. Pelan yang
menuntut semua pihak memerah segala idea, tenaga dan sumbangan agar
negara ini dapat melahirkan generasi muda yang cemerlang bertunjangkan
keperibadian yang utuh dan bertatasusila. Ciri-ciri majunya sesebuah institusi
itu bergantung kepada kecekalan dan impian setiap warga sekolah. Oleh itu,
marilah kita sama-sama memantapkan kecemerlangan pendidikan dengan
melahirkan modal insan yang berketerampilan, mempunyai sahsiah dan
peribadi unggul serta berusaha menjadikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan.
Akhir kata, saya menyeru kepada semua warga sekolah untuk sentiasa positif
dalam meningkatkan penguasaan ilmu dan teknologi dalam mencapai
4

