Page 6 - iMessage 2021
P. 6

KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
              Assalamualaikum dan salam sejahtera.
              Saya  memanjatkan  kesyukuran  yang  tidak  terhingga  ke  hadrat  Ilahi  atas

              kejayaan warga sekolah menghasilkan buku peraturan sekolah versi baharu
              2021. Kejayaan ini merupakan hasil penggemblengan tenaga dan komitmen
              yang tidak berbelah bahagi daripada pihak pentadbiran sekolah khususnya
              Unit Hal Ehwal Murid dan barisan guru Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas
              SMK Putrajaya Persint 16(1) (STO). Buku iMessage sememangnya menjadi
              identiti baharu sekolah yang digubal dengan mengambil kira Surat Pekeliling
              Ikhtisas sedia ada  yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan
              Malaysia. Usaha ini dilaksanakan  kerana mutakhir ini, sistem pendidikan
              negara berkembang pesat dengan pelbagai dasar yang diperkenalkan.

              Pada hemat saya, bukan sahaja warga sekolah seperti pentadbir, guru atau
              murid, malahan ibu bapa seharusnya cakna dengan perubahan yang
              dilaksanakan oleh  kerajaan agar  kelangsungan pendidikan akan terus
              dimantapkan dari semasa ke semasa. Dasar Pendidikan melalui KSSR dan
              KSSM  pada  masa  ini  menekankan  bukan  sahaja  dari  aspek  pencapaian
              seperti pengetahuan,  malahan aspek  kemahiran, sahsiah,  serta nilai budi
              pekerti diambil kira bagi melahirkan murid-murid yang berketerampilan dalam
              semua aspek.


              Undang-undang dan  peraturan  sekolah digubal  untuk memastikan
              ketenteraman dan keselamatan murid serta kelicinan dan keberkesanan bagi
              mewujudkan  keselesaan  semua pihak,  khususnya  semasa proses
              pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di sekolah. Hal ini
              lebih ketara dan menjadi tuntutan utama dalam norma baharu Pengajaran dan
              Pembelajaran di Rumah (PdPR). Hal ini adalah bertujuan untuk mewujudkan
              insan yang seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti
              yang telah dihasratkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Semua murid
              hendaklah bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjaga nama baik diri
              dan sekolah serta sentiasa berusaha meningkatkan disiplin diri.




                                           6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11