Page 17 - FOKUS UPSR BM 金榜新焦点国文
P. 17
Bahasa Melayu UPSR Tatabahasa
Kata adverba bentuk gandaan ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan
yang berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif dan kata sendi nama. Terdapat tiga
bentuk kata adverba ini, iaitu:
重叠形式副词以重叠的形式修饰动词、形容词和介词。有三种这类副词,即:
(a) Kata Adverba Penggandaan Penuh 完整重叠形式副词
Contoh: betul-betul, jarang-jarang, cepat-cepat
金榜新焦点国文, 版权所有·侵权必究
(b) Kata Adverba Penggandaan Separa 部分重叠形式副词
Contoh: setinggi-tinggi, teresak-esak, tersipu-sipu, mati-matian
(c) Kata Adverba Penggandaan Berentak 韵律重叠形式副词
Contoh: berjalan huyung-hayang, berjalan mundar-mandir
LATIHAN FOKUS 3
Gariskan kata adverba yang betul dalam ayat-ayat di bawah ini.
1. Petang nanti, ayah akan menyambung kerja-kerjanya di kebun yang belum selesai.
2. “Barangkali dia tidak datang pada petang ini,” bisik Mimi yang tidak sabar menunggu Mei
Ling.
3. “Agaknya, siapakah yang mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas?” tanya Jefri
kepada Alvin Wong.
4. Johan sangat gembira apabila dinobatkan sebagai pemenang dalam Pertandingan Reka
Cipta Robotik yang julung kali diadakan di sekolahnya.
5. Ibu sentiasa mendoakan kebahagiaan Ameera sekeluarga walaupun mereka jauh di negara
orang.
6. Murid-murid Tahun Enam Mawar menjawab soalan gurunya secara serentak.
12
01 Fokus UPSR BM P1-53.indd 12 15/05/2019 4:21 PM

