Page 20 - FOKUS UPSR BM 金榜新焦点国文
P. 20
Bahasa Melayu UPSR Penulisan
B Gambar di bawah menunjukkan peta Pulau Langkawi.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang peta tersebut.
金榜新焦点国文, 版权所有·侵权必究
1. tempat pelancongan 旅游胜地 2. menaiki feri atau kapal terbang
3. pemandangan indah 美景 搭乘渡轮或飞机
4. lawatan bot 以汽艇游览 5. pantai yang indah 美丽的沙滩
6. gemar membeli-belah 喜欢购物 7. keindahan dasar laut 海底世界的美妙
1. Pulau Langkawi mempunyai banyak tempat pelancongan yang indah dan menarik yang
boleh dikunjungi oleh pelancong.
2. Pelancong boleh datang ke Pulau Langkawi dengan menaiki feri atau kapal terbang.
3. Pengunjung yang menaiki kereta kabel dapat melihat pemandangan indah daripada
puncak Gunung Mat Cincang.
4. Terdapat perkhidmatan lawatan bot ke beberapa tempat menarik seperti Gua Kelawar,
Tasik Dayang Bunting dan pusat ternakan ikan kilim.
5. Pantai Beringin, Teluk Datai, Tanjung Rhu dan Pantai Kok pula antara pantai yang indah
dan terkenal di Pulau Langkawi.
2 ayat contoh yang lain:
6. Pelancong yang gemar membeli-belah digalakkan mengunjungi Pekan Kuah yang
menawarkan barangan bebas cukai.
7. Underwater World di Pulau Langkawi menjanjikan kelainan bagi pelancong yang mahu
menikmati keindahan dasar laut.
154
04 Fokus UPSR BM p153-170.indd 154 15/05/2019 4:44 PM

