Page 5 - GET READY BM 4 四年级预习本国文
P. 5
Bahasa Melayu Tahun 4 Pemahaman
2 SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI : Surat untuk Suhada
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
四年级预习本国文 版权所有·侵权必究
Azhar bin Ahmad,
No.19, Jalan Haji Jali,
80400 Muar,
Johor Darul Ta’zim.
24 Februari 202_.
Menemui kembali sahabatku, Suhada, yang kini berada di Muar, Johor. Semoga
dalam keadaan sihat dan gembira selalu.
Saudari,
Surat saudari bertarikh 16 Februari 202_ yang lalu telah selamat saya
terima. Terima kasih saya ucapkan atas kiriman setem-setem saudari itu. Untuk
pengetahuan saudari, hampir kesemua setem itu tiada dalam koleksi saya.
Kini, kedua-dua buah album setem saya sudah penuh. Saya bercadang untuk
membeli sebuah lagi album setem pada minggu hadapan.
Bagaimanakah pula dengan koleksi setem saudari? Saya berharap agar
setem-setem yang saya sertakan ini akan menambahkan koleksi setem saudari.
Di sekolah, saya merupakan ahli kelab pengumpul setem yang aktif. Setiap
ahli kelab sentiasa menunjukkan kesungguhan tidak seperti hangat-hangat
tahi ayam.
Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk kali ini. Jika ada
kelapangan, kita akan bersua lagi. Semoga saudari berjaya dalam bidang
yang diceburi.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Azhar
54
P53-62 Get Ready BM T4.indd 54 17/05/2019 8:42 AM

