Page 8 - GET READY BM 4 四年级预习本国文
P. 8

Bahasa Melayu Tahun 4  Pemahaman


                       4      SYARAHAN : Sukan dan Faedahnya


               Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
               dengan ayat yang lengkap.



                  Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Jimmy Wong, Guru Besar
                  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Phui Chen, guru-guru serta rakan-rakan. Salam
                          四年级预习本国文 版权所有·侵权必究
                  sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah
                  syarahan yang bertajuk “Sukan dan Faedahnya”.

                  Hadirin yang saya hormati,

                       Bersukan ialah satu aktiviti yang memerlukan  ketangkasan atau kemahiran
                  serta tenaga seperti bermain bola sepak, bola jaring, hoki dan beberapa jenis sukan
                  yang lain. Dengan bersukan, badan kita akan menjadi sihat kerana semasa bersukan
                  banyak peluh yang akan keluar. Kumuhan dalam badan akan dapat dikeluarkan
                  sekiranya kita berpeluh. Badan yang sihat akan mencerdaskan otak. Otak yang
                  cerdas membantu kita cemerlang dalam pelajaran dan berjaya dalam peperiksaan.

                       Di peringkat sekolah pula, dengan menyertai sukan kita dapat mengharumkan             Pemahaman
                  nama sekolah apabila kita memenangi sesuatu pertandingan. Nama sekolah kita
                  akan dikenali bukan sahaja di peringkat daerah dan negeri, malah mungkin di
                  peringkat kebangsaan.

                  Hadirin yang saya muliakan,

                       Selain itu, dengan menyertai aktiviti sukan kita dapat mengenali lebih banyak
                  kawan. Hal ini demikian kerana kebanyakan aktiviti sukan disertai oleh peserta
                  daripada pelbagai kaum. Dari situlah kita akan mendapat lebih banyak kenalan. Kita
                  boleh bertukar-tukar f kiran demi mempertingkatkan pencapaian kita dalam bidang
                  sukan dan pelajaran.

                       Berdasarkan hujah-hujah yang telah saya sampaikan, saya menyeru semua
                  rakan agar menyertai kegiatan sukan. Ingatlah, otak yang cerdas lahir daripada
                  badan yang sihat. Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini.
                  Sekian, terima kasih.




                                                       Kaya Bahasa

                 ketangkasan – kepantasan  敏捷                kumuhan – bahan buangan  排泄物
                 mengharumkan – menaikkan  使闻名               mempertingkatkan – memperhebat  更加提高



                                                           57






       P53-62 Get Ready BM T4.indd   57                                                              17/05/2019   8:42 AM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13