Page 13 - PRAKTIS KSSR BM 6 万宜国文练习6
P. 13

Bahasa Melayu Tahun 6  8  Kata Adverba                             Bahasa Melayu Tahun 6  8  Kata Adverba


                      Kata Adverba                 Keterangan                  Contoh / Ayat Contoh

                  Asalnya kata kerja       Kata adverba yang berasal      berjalan mengiring, terbang
                                           dari kata kerja, kata adjektif  meninggi, putih berseri, hitam
                                           dan frasa sendi nama.          berkilat, merah menyala
                                                                          1.  Hisyam menggilap
                                                                              kasutnya sehingga hitam
                                                                              berkilat.
                           万宜国文练习6, 版权所有·侵权必究
                                                                          2.  Baju yang dipakai Mak
                                                                              Munah merah menyala.

                  Bentuk gandaan           Kata adverba jenis ini boleh  besar-besar, kecil-kecil, bijak-
                                           berbentuk gandaan penuh,       bijak, cantik-cantik, sepandai-
                                           gandaan separa dan             pandai, terkial-kial, menangis
                                           gandaan berentak.              sedu-sedan, berjalan mundar-
                                                                          mandir, tungkus-lumus
                                                                          1.  Anak Datuk Lim cantik-
                                                                              cantik belaka.

                                                                          2.  Amir bekerja tungkus-
                                                                              lumus demi menyara
                                                                              keluarganya.





                Garis kata adverba yang terdapat dalam ayat-ayat yang diberi.  KBAT


                  1.  Setelah beberapa jam kami mendaki bukit dan berada di dalam semak-samun itu,
                      kami telah digigit agas, nyamuk dan pacat.


                  2.  “Sekarang, semua peserta boleh menyuarakan pendapat dan idea masing-masing,”
                      kata penceramah itu.


                  3.  Selepas  mendirikan  khemah,  semua  peserta  mandi-manda  serta  mengambil
                      kesempatan untuk membasuh pakaian yang kotor di tepian air terjun.


                  4.  Lama-kelamaan kami dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kampung yang
                      jauh dari kota itu, ibarat alah bisa tegal biasa.


                  5.  Angin yang bertiup kencang petang semalam telah menerbangkan atap pondok
                      usang di belakang rumah Tok Adi.




 © Penerbitan Bangi Sdn. Bhd.  PB                            21                      © Penerbitan Bangi Sdn. Bhd.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18