Page 9 - PRAKTIS KSSR BM 6 万宜国文练习6
P. 9

Bahasa Melayu Tahun 6  7  Kata Adjektif                            Bahasa Melayu Tahun 6  7  Kata Adjektif
                    7                                   Kata Adjektif



                                                                                                  SP: 5.1.5


                 .  Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu kata nama. Kata adjektif
                      juga dikenali sebagai kata sifat.
                 .  Terdapat sembilan jenis kata adjektif, iaitu:
                      (a)  Kata adjektif sifatan              (f)  Kata adjektif jarak
                      (b)  Kata adjektif warna                (g)  Kata adjektif cara
                           万宜国文练习6, 版权所有·侵权必究
                      (c)  Kata adjektif ukuran               (h)  Kata adjektif perasaan
                      (d)  Kata adjektif bentuk               (i)  Kata adjektif pancaindera
                      (e)  Kata adjektif waktu


                     Kata Adjektif               Contoh                           Ayat Contoh
                  Kata adjektif        cantik, buruk, kacak, rajin,   Pelakon itu sangat terkenal kerana
                  sifatan              bijak, kuat                    lakonannya  yang  mantap  dan
                                                                      wajahnya yang kacak.

                  Kata adjektif        biru, merah, perang, kelabu    Hasni  membeli  sebuah  kereta
                  warna                                               baharu keluaran syarikat tempatan
                                                                      yang berwarna biru.
                  Kata adjektif        tinggi, rendah, tebal, nipis,   Kok Hau merupakan murid paling
                  ukuran               panjang                        tinggi di dalam kelas itu.

                  Kata adjektif        kecil, besar, segi tiga, bulat,  Jam dinding di bilik Iwina sangat
                  bentuk               bujur, bundar                  unik kerana berbentuk segi tiga.

                  Kata adjektif        pagi, petang, malam, senja,  Abang  masih  belum  pulang
                  waktu                kerap, baharu, awal, lewat     walaupun sudah lewat malam.

                  Kata adjektif jarak  dekat, jauh, hampir, nyaris    Jarak  rumah  Mary  dengan
                                                                      perpustakaan  awam  itu  sangat
                                                                      dekat.

                  Kata adjektif cara   pantas, cepat, ligat, lambat,  Tuanku menjagaku dengan cermat
                                       gopoh, cermat                  sekali.

                  Kata adjektif        kasih, takut, benci, geram,    Hani sangat benci akan wanita yang
                  perasaan             sayang                         suka menghinanya itu.

                  Kata adjektif        masam, manis, lembut,          Minyak  wangi  berjenama  yang
                  pancaindera          busuk, wangi                   dibeli oleh Fara  wangi  dan tahan
                                                                      lama.




 © Penerbitan Bangi Sdn. Bhd.  PB                            17                      © Penerbitan Bangi Sdn. Bhd.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14