Page 6 - PRAKTIS KSSR BM 6 万宜国文练习6
P. 6
Bahasa Melayu Tahun 6 6 Kata Bantu Bahasa Melayu Tahun 6 6 Kata Bantu
6 Kata Bantu
SP: 5.1.4
. Kata bantu ialah perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan
frasa sendi nama, iaitu menimbulkan makna-makna tambahan dari aspek waktu/
ragam.
. Kata bantu boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata bantu aspek dan kata
万宜国文练习6, 版权所有·侵权必究
bentuk ragam.
(a) Kata bantu aspek ialah kata yang memperihalkan masa lampau, kini atau masa
hadapan seperti telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan dan belum.
Kata Bantu Aspek Maksud Ayat Contoh
telah, sudah, Menunjukkan perbuatan Amin telah pulang ke
pernah yang telah berlaku. rumah.
sedang, masih Menunjukkan perbuatan Lina sedang menyapu
yang sedang berlaku. sampah.
akan, belum Menunjukkan perbuatan Kah Mei akan bertolak ke
yang akan berlaku. Sarawak minggu hadapan.
(b) Kata bantu ragam ialah kata yang menyatakan atau menerangkan ragam
perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti mahu, hendak,
ingin, harus, mesti, perlu, wajib, boleh, dapat dan mungkin.
Kata Bantu Ragam Maksud Ayat Contoh
hendak, mahu, Menunjukkan sesuatu Saya ingin ke Pesta Buku
ingin keinginan atau tujuan. dengan Ah Mei.
harus, mesti, perlu, Menunjukkan perbuatan Kita perlu menghormati ibu
wajib yang mesti dilakukan. dan bapa.
boleh, dapat Menunjukkan keupayaan Izrin dapat tawaran
membuat sesuatu. melanjutkan pelajaran ke
luar negara.
mungkin Menunjukkan perbuatan John mungkin ketinggalan
kebarangkalian atau bas, oleh sebab itu dia
kemungkinan. terlewat sampai ke pejabat.
© Penerbitan Bangi Sdn. Bhd. 14 PB © Penerbitan Bangi Sdn. Bhd.

