Page 30 - 200 Contoh Penulisan BM 国文书写200篇456年级
P. 30
Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6 Poster
Kebaikan Melancong Poster
64 di Dalam Negara
Malaysia merupakan salah satu negara yang menjadi tumpuan para pelancong.
Berdasarkan poster di bawah, tulis ulasan tentang kebaikan melancong di dalam negara dalam
bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.
国文书写200篇456年级, 版权所有·侵权必究
*TJ JTJ 1FOUJOH ,BNVT .JOJ
❊ mengenali dengan lebih dekat destinasi pelancongan, melancong 旅游
kebudayaan dan warisan – menanam rasa cinta akan destinasi 目的地
negara kebudayaan 文化
❊ menjimatkan wang dan masa warisan 遗产
kos 费用
❊ meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara menyemai 培养、灌输
Kempen Cuti-cuti 1 Malaysia diadakan untuk menarik minat pelancong dari dalam dan
luar negara supaya bercuti di tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia. Terdapat
banyak kebaikan jika kita melancong di dalam negara. Pertama, kita dapat mengenali
dengan lebih dekat destinasi pelancongan, kebudayaan dan warisan negara sekali gus
dapat menanam rasa cinta akan negara. Kedua, kita dapat menjimatkan wang dan masa
kerana kos yang diperlukan jauh lebih rendah berbanding bercuti di luar negara. Ketiga,
melancong di dalam negara juga dapat membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi
negara. Justeru, kita haruslah menyemai rasa cinta akan negara dengan menyokong usaha
industri pelancongan negara kita. Bercutilah di dalam negara kerana “hujan emas di negeri
orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri”.
70
P69 to 79_200 Cth BM.indd 70 8/27/21 2:47 PM

