Page 31 - 200 Contoh Penulisan BM 国文书写200篇456年级
P. 31
Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6 Poster
Panduan Pemakanan Poster
65 Berdasarkan Piramid Makanan
Panduan pemakanan berdasarkan piramid makanan dapat menjamin kesihatan badan kita.
Berdasarkan poster di bawah, tulis ulasan tentang panduan pemakanan berdasarkan piramid
makanan dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.
国文书写200篇456年级, 版权所有·侵权必究
*TJ JTJ 1FOUJOH ,BNVT .JOJ
❊ makanan seperti bijirin, roti dan ubi-ubian perlu diambil dalam pemakanan 饮食
kuantiti yang paling banyak piramid makanan 食物金字塔
❊ makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan membekalkan 提供
tenusu 乳制品
❊ kumpulan makanan ketiga – diambil dengan kadar sederhana
sederhana 中等
❊ kumpulan terakhir – dikurangkan pengambilannya mengundang 招致
Badan yang sihat bergantung kepada amalan pemakanan seharian. Untuk memastikan
badan kekal sihat dan bertenaga, patuhilah saranan piramid makanan. Makanan seperti
bijirin, roti dan ubi-ubian perlu diambil dalam kuantiti yang paling banyak kerana dapat
membekalkan tenaga kepada badan. Seterusnya, kita digalakkan makan lebih sayur-sayuran
dan buah-buahan kerana kumpulan makanan ini mengandungi pelbagai jenis vitamin yang
diperlukan oleh badan. Kumpulan makanan ketiga pula terdiri daripada produk tenusu,
kekacang, daging, ikan dan ayam. Makanan daripada kumpulan ini perlu diambil dengan
kadar sederhana. Kumpulan terakhir dalam piramid makanan yang perlu dikurangkan
pengambilannya terdiri daripada minyak, lemak dan gula. Pengambilan secara berlebihan
boleh mengundang penyakit. Kesimpulannya, patuhilah saranan piramid makanan dalam
amalan pemakanan sehari-harian. Makan secara sihat, sihat sepanjang hayat.
71
P69 to 79_200 Cth BM.indd 71 8/27/21 2:47 PM

