Page 37 - 200 Contoh Penulisan BM 国文书写200篇456年级
P. 37
Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6 Jadual
Cara-cara Menggalakkan Jadual
Penggunaan Teknologi
71 Maklumat dan Komunikasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan teknologi yang diperlukan untuk memproses
data.
Berdasarkan jadual di bawah, tulis ulasan tentang cara-cara menggalakkan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam kalangan murid-murid di sekolah dalam bentuk perenggan.
国文书写200篇456年级, 版权所有·侵权必究
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.
Jadual Penggunaan Makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Tahap Dua)
Hari /
Masa ( pagi ) 7.45 – 8.45 8.45 – 9.45 10.20 – 10.50 10.50 – 11.20 11.20 – 11.50
Isnin 6 Cemerlang 4 Bestari 5 Amanah 4 Dedikasi
Selasa 4 Amanah 6 Bestari 4 Cemerlang 4 Efektif
Rabu 5 Dedikasi 6 Efektif 5 Cemerlang 6 Gigih
Khamis 5 Bestari 4 Gigih 6 Dedikasi
Jumaat 5 Efektif 6 Amanah 5 Gigih
*TJ JTJ 1FOUJOH ,BNVT .JOJ
❊ mewujudkan jadual khusus penggunaan makmal TMK – meneroka 探索、钻研
meneroka dunia teknologi kendiri 自己
❊ mengadakan kempen – mewujudkan persekitaran sekolah celik 显现、唤醒
celik teknologi maklumat
❊ usaha sama dengan syarikat telekomunikasi – perkembangan telekomunikasi 电讯
semasa setanding 媲美
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sangat penting dalam era pembangunan
dan pembelajaran masa kini dalam kalangan murid-murid di sekolah. Terdapat beberapa
cara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan penggunaan TMK di sekolah. Antaranya,
mewujudkan jadual khusus penggunaan makmal TMK dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Jadual tersebut digunakan untuk mewujudkan ruang dan masa yang
khusus supaya murid-murid dapat meneroka dunia teknologi secara kendiri. Selain itu,
pihak sekolah juga boleh mengadakan kempen penggunaan TMK untuk mewujudkan
persekitaran sekolah celik teknologi maklumat (IT). Di samping itu, pihak sekolah juga boleh
mengadakan usaha sama dengan syarikat telekomunikasi berkaitan dunia TMK yang selari
dengan perkembangan semasa. Justeru, kita haruslah menyahut seruan kerajaan yang
sentiasa menginginkan rakyatnya terus mengejar kemajuan TMK agar negara terus maju
setanding dengan negara-negara yang lain.
77
P69 to 79_200 Cth BM.indd 77 8/27/21 2:47 PM

