Page 38 - 200 Contoh Penulisan BM 国文书写200篇456年级
P. 38

Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6  Jadual
                                    Hasil Jualan                                     Jadual

                                    Kereta Keluaran Arwana
                     72             Sepanjang Musim Perayaan




              Peminat kereta keluaran Arwana telah merebut peluang untuk membeli kereta idaman mereka.
              Berdasarkan jadual di bawah, tulis ulasan tentang hasil jualan kereta keluaran Arwana sepanjang
              musim perayaan dalam bentuk perenggan.
              Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.
                          国文书写200篇456年级, 版权所有·侵权必究

                                    Hasil Jualan Kereta Keluaran Arwana Sepanjang
                                        Musim Perayaan Hari Raya Aidilf tri 202_


                        Jenis Kereta           Iris       Alfa        Nuri       Camar       Daisy

                    Hasil Jualan (buah)        165         63          12          21          98




                            *TJ JTJ 1FOUJOH                                            ,BNVT .JOJ

                ❊ Iris mencatat penjualan paling tinggi – mendapat tempat –   penjualan 销售
                  memuatkan kapasiti penumpang – lebih ramai                 potongan harga 价格
                ❊ Daisy dan Alfa – pilihan – ingin memiliki kereta pertama –   kapasiti 容量
                  harga mampu milik                                          mampu milik 负担得起
                ❊ Camar dan Nuri – mencatat penjualan – 21 dan 12 buah –     permintaan 需求
                  sudah lama di pasaran                                      peluang 机会




                       Jadual menunjukkan hasil  penjualan kereta keluaran Arwana sepanjang musim
                 perayaan Hari Raya Aidilf tri bagi tahun 202_. Terdapat lima jenis kereta keluaran Arwana
                 yang diberikan potongan harga yang sangat tinggi berbanding hari-hari biasa. Arwana Iris
                 mencatat penjualan paling tinggi berbanding yang lain, iaitu sebanyak 165 buah. Arwana
                 Iris ini lebih mendapat tempat dalam hati pembeli kerana ruang dalamnya yang lebih luas
                 dapat memuatkan kapasiti penumpang yang lebih ramai. Selain Arwana Iris, Arwana Daisy
                 dan Alfa juga menjadi pilihan terutamanya dalam kalangan pembeli yang ingin memiliki
                 kereta pertama dengan harga mampu milik. Berbeza dengan permintaan terhadap Arwana
                 Camar dan Nuri yang masing-masing hanya mencatat penjualan sebanyak 21 dan 12 buah.
                 Hal ini demikian kerana kedua-dua kereta jenis ini sudah lama di pasaran dan kurang
                 mendapat perhatian daripada para pembeli. Sebagai pengguna yang bijak, kita haruslah
                 merebut peluang yang ada dengan membeli kereta buatan tempatan yang ditawarkan
                 pada harga yang istimewa terutamanya pada musim perayaan.



                                                           78







         P69 to 79_200 Cth BM.indd   78                                                                 8/27/21   2:47 PM
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43