Page 4 - 预备,起!Praktis GO! PENULISAN 5
P. 4

Penulisan  Tahun 5  Bahagian B



                            Model Soalan dan Jawapan





              Gambar di bawah ini menunjukkan punca-punca kemalangan jalan raya.
              Tulis ulasan tentang punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya dalam bentuk perenggan.
              Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

                          Praktis GO! PENULISAN 5, 版权所有·侵权必究










                    Kenderaan tidak                  Punca-punca                    Jalan rosak dan
               diselenggara dengan baik               Kemalangan                       berlubang
                                                      Jalan Raya












                  Melanggar peraturan                                          Sikap pemandu yang cuai
              Kemalangan jalan raya yang banyak berlaku sejak belakangan ini berpunca daripada pelbagai
              faktor.
                   Antaranya ialah keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik mengikut tempoh
              masa  yang  ditetapkan.  Keadaan  ini  boleh  menyebabkan  kenderaan  mengalami  gangguan
              dan sukar untuk dikawal. Selain itu, keadaan jalan raya yang rosak dan berlubang-lubang juga
              menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya. Kenderaan yang tidak sempat mengelak
              lubang-lubang berkenaan akan berhadapan dengan kemungkinan berlakunya kemalangan. Di
              samping itu, kecuaian pemandu, iaitu memandu dalam keadaan mengantuk dan menggunakan
              telefon bimbit menyebabkan mereka hilang tumpuan dan terlibat dalam kemalangan. Seterusnya,
              kemalangan juga berlaku berpunca daripada sikap pengguna yang mengabaikan peraturan jalan
              raya yang telah ditetapkan seperti melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju.
                   Kesimpulannya,  kemalangan  jalan  raya  boleh  dielakkan  jika  orang  ramai  sentiasa
              menggunakan jalan raya secara berhemah.

                  Tip
                  Tip
                    Catatkan idea tersirat kepada idea tersurat yang diberikan dalam bahan rangsangan.
                    Contoh:  •  Idea tersurat – kenderaan tidak diselenggara dengan baik
                           •  Idea tersirat – menyebabkan kenderaan mengalami gangguan dan sukar dikawal


              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               14






         Bahagian B.indd   14                                                                           7/17/20   4:39 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9