Page 8 - 预备,起!Praktis GO! PENULISAN 5
P. 8

Penulisan  Tahun 5  Bahagian B
                   Praktis      4



              Petikan di bawah ini berkaitan dengan pantang larang yang terdapat dalam kehidupan masyarakat
              Melayu.
              Lengkapkan ruangan isi tersirat tentang pantang larang tersebut.



                Masyarakat  Melayu  terkenal  dengan  pantang  larangnya.  Orang-orang  dahulu  mencipta
                pantang larang yang pelbagai demi kebaikan semua pihak tanpa mengira peringkat usia.
                     Antara pantang larang yang dicipta oleh mereka ialah kita tidak boleh duduk di atas
                          Praktis GO! PENULISAN 5, 版权所有·侵权必究
                bantal  kerana  dibimbangi  mendapat  bisul.  Selain  itu,  masyarakat  dahulu  juga  melarang
                anak-anak mereka memotong kuku pada waktu malam. Orang yang memotong kuku pada
                waktu malam dikatakan akan pendek umur.
                     Kejadian pelangi yang timbul selepas hujan amat indah dipandang. Namun begitu, orang
                tua-tua sering mengingatkan agar tidak menunjukkan tangan ke arah pelangi. Sekiranya kita
                berbuat demikian, jari kita dikatakan akan menjadi kudung.
                     Kebanyakan  rumah  masyarakat  pada  zaman  dahulu  merupakan  rumah  kayu  dan
                bertangga. Oleh itu, masyarakat Melayu zaman dahulu dilarang duduk di muka tangga. Rezeki
                dikatakan payah masuk ke dalam rumah seandainya kita suka duduk di muka tangga.
                     Banyak  lagi  pantang  larang  masyarakat  pada  zaman  dahulu  yang  menjadi  amalan
                turun-temurun. Sebahagian daripada pantang larang ini masih diamalkan sehingga kini.




               Pendahuluan: Petikan menerangkan pantang larang yang wujud dalam masyarakat Melayu
               suatu ketika dahulu.
                           Isi tersurat                                  Isi tersirat

               1.  Antaranya, kita tidak dibenarkan
                  duduk di atas bantal


               2.  Selain  itu,  kita  juga  dilarang
                  daripada memotong kuku pada
                  waktu malam

               3.  Di  samping  itu,  kita  juga  tidak
                  boleh  menunjukkan  tangan  ke
                  arah pelangi

               4.  Akhir  sekali,  kita  tidak  boleh
                  duduk di muka tangga


               Kesimpulan: Masyarakat Melayu mengamalkan pantang larang untuk menjauhi pelbagai kesan
               negatif dalam kehidupan.




              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               18






         Bahagian B.indd   18                                                                           7/17/20   4:39 PM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13