Page 9 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 4 国文书写100篇4
P. 9
Membina Ayat: Gambar Tunggal
MODEL
3 Kilang Kerepek Pisang
Gambar di bawah menunjukkan suasana di kilang kerepek pisang di sebuah kampung.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana tersebut.
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
❧ mengupas kulit pisang 剥开香蕉皮 mengupas 剥开
❧ membawa pisang 拿香蕉 menghiris 切成薄片
❧ memasukkan pisang ke dalam mesin 把香蕉放进机器
❧ menggoreng pisang 炸香蕉 menggoreng 炸
❧ menimbang berat 称重量 menimbang 称
❧ membungkus kerepek pisang 包装香蕉炸片 bungkusan 包裹
❧ menyusun bungkusan kerepek pisang ke dalam kotak
把香蕉炸片包裹排列进箱子 berhampiran 附近
1. Dua orang wanita sedang mengupas kulit pisang untuk dibuat kerepek.
2. Seorang wanita membawa pisang yang telah dikupas untuk proses seterusnya.
3. Seorang wanita memasukkan pisang ke dalam mesin untuk menghirisnya nipis-nipis.
4. Seorang wanita sedang menggoreng pisang yang telah siap dihiris di dalam kuali besar.
5. Seorang lelaki menimbang berat kerepek pisang dengan penimbang.
2 ayat contoh yang lain:
6. Seorang lelaki membungkus kerepek pisang dengan bungkusan khas yang tertera nama
syarikat.
7. Dua orang lelaki menyusun bungkusan kerepek pisang ke dalam kotak untuk dihantar
ke kedai-kedai berhampiran.
3

