Page 13 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 4 国文书写100篇4
P. 13
Membina Ayat: Gambar Bersiri 2 Gambar
MODEL
7 Suasana Rehat di Kantin
Sekolah
Gambar di bawah menunjukkan suasana rehat di kantin sekolah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana tersebut.
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
❧ beratur untuk membeli makanan 排队买食物 menikmati 享用
❧ mencedok mi goreng 舀取炒面 menenangkan 安抚
❧ melayan seorang murid 招待一个学生 menangis 哭泣
❧ menikmati makanan 享用美食
❧ menenangkan seorang murid 安抚一个学生 terjatuh 跌倒
❧ mengira duit 算钱 mengira 计算
❧ berborak-borak 闲谈 berborak-borak 闲谈
1. Beberapa orang murid sedang beratur untuk membeli makanan.
2. Seorang pekerja kantin mencedok mi goreng yang dipesan oleh seorang murid ke dalam
pinggan.
3. Seorang pekerja yang lain melayan seorang murid yang ingin membeli minuman.
4. Beberapa orang murid sedang menikmati makanan di meja yang disediakan.
5. Seorang guru menenangkan seorang murid perempuan yang menangis kerana terjatuh.
2 ayat contoh yang lain:
6. Muthusamy mengira duit untuk membeli segelas minuman.
7. Hor Kee berborak-borak dengan Evelyn sambil berjalan ke kantin sekolah.
7

