Page 17 - GET READY BM 5 五年级预习本国文
P. 17
Bahasa Melayu Tahun 5 Penulisan
Bahagian B Menulis Ulasan 作出分析
Tip Fokus
Baca soalan dan fahami kehendak soalan.
Tulis ulasan dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Ulasan Contoh
五年级预习本国文, 版权所有·侵权必究
Rajah di bawah menunjukkan cara-cara menjadi murid yang cemerlang.
Tulis ulasan tentang cara-cara menjadi murid cemerlang tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.
Menumpukan sepenuh Rajin mengulang kaji
perhatian di dalam kelas Cara-cara pelajaran
Menjadi Murid
JADUAL BELAJAR yang Cemerlang
Penulisan
Menyediakan Belajar
jadual belajar secara berkumpulan
Ulasan Contoh
Gambar di atas menunjukkan cara-cara menjadi murid yang cemerlang. Setiap
orang ingin menjadi murid yang cemerlang. Untuk mencapai matlamat ini, pelbagai
cara boleh dilakukan. Cara pertama, kita mestilah menumpukan sepenuh perhatian
semasa sesi pembelajaran di dalam kelas. Seterusnya, sebagai murid, kita mestilah
rajin mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain itu, kita hendaklah menyediakan jadual
belajar agar masa belajar dapat dibahagikan dengan masa untuk melakukan aktiviti
yang lain. Akhir sekali, kita perlulah belajar secara berkumpulan untuk bertukar pendapat
dengan kawan-kawan yang lain. Setiap murid perlu fokus dalam melakukan sesuatu
perkara agar kejayaan dapat dikecapi dan dapat menjadi murid yang cemerlang.
77

