Page 22 - GET READY BM 5 五年级预习本国文
P. 22

Bahasa Melayu Tahun 5  Penulisan

                       4       Syarahan


              Kamu	telah	mewakili	sekolah	kamu	dalam	pertandingan	syarahan.	Tajuk	syarahan	yang
              diberi	“Jiran	Sepakat	Membawa	Berkat”.	Tulis	syarahan	kamu	itu	selengkapnya.

                                Rangka Karangan                                      Kamus Mini

                Pendahuluan	 	kata	alu-aluan	–	tajuk	syarahan             	 1.	 sepakat	同心协力
                Isi-isi	Penting	 	membantu	dalam	kesusahan                	2.	 berkat	祝福、保佑
                           五年级预习本国文, 版权所有·侵权必究
                	              	membantu	mengawasi	rumah                  	3.	 hadirin	出席者、来宾
                	              	menjemput	jiran	ke	majlis	keramaian       	4.	 mengendahkan	理会、关注
                	              	gotong-royong	menjadi	lebih	mudah
                                                                          	5.	 keramaian	宴会
                Penutup	       	jiran	 sepakat	 membawa	 berkat	 –
                                ucapan	terima	kasih

                                           Karangan        Contoh


                Yang	dihormati	Tuan	Pengerusi	Majlis,	Yang	Berusaha	Tuan	Guru	Besar,
                guru-guru	dan	rakan-rakan	yang	dikasihi.	Selamat	sejahtera	saya	ucapkan.	     Mempunyai
                                                                                              kata
                Tajuk	syarahan	saya	pada	pagi	berbahagia	ini	ialah	“Jiran	Sepakat	            alu-aluan
                Membawa	Berkat”.
                Hadirin	yang	saya	hormati,
                	   Kita	memerlukan	jiran	kerana	mereka	dapat	menolong	kita	ketika
                dalam	kesusahan.	Mereka	ialah	orang	yang	paling	hampir	dengan	kita.
                Sikap	berbaik-baik	dengan	jiran	perlu	diamalkan	dalam	kehidupan.
                	   Selain	itu,	jiran	juga	dapat	menolong	untuk	mengawasi	rumah	kita
                semasa	ketiadaan	kita	di	rumah.	Banyak	kejadian	kecurian	yang	berlaku
                berpunca	daripada	sikap	jiran	yang	tidak	mengenali	antara	satu	sama
                lain	atau	tidak	mengendahkan	jiran	mereka.
                	   Menjemput	jiran	ke	majlis	keramaian	di	rumah	kita	ialah	amalan	yang	      Karangan
                                                                                              yang lengkap
                baik.	Secara	tidak	langsung,	kita	dapat	kenal-mengenal	dan	beramah	           dan mengikut
                mesra	dengan	jiran.                                                           format yang
                                                                                              betul
                	   Jika	kita	hidup	dengan	semangat	kejiranan	yang	tinggi	dan	bersatu
                padu,	aktiviti	gotong-royong	untuk	membersihkan	dan	mengindahkan
                kawasan	 perumahan	 yang	 kita	 diami	 akan	 menjadi	 lebih	 mudah.
                Faedahnya	kita	kongsi	bersama-sama.
                	   Kesimpulannya,	jelaslah	bahawa	jiran	yang	sepakat	akan	membawa
                berkat.	Kehidupan	harmoni	ini	sepatutnya	diamalkan	oleh	penduduk	di
                desa	mahupun	di	kota.
                Sekian,	terima	kasih.




                                                           82
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27