Page 3 - LAPORAN PELAKSANAAN PdPR 18 OKTOBER 2021 - 22 OKTOBER 2021
P. 3

Pihak pentadbir sekolah telah menyediakan jadual waktu PdPR yang munasabah dari segi
               persediaan murid dan sesuai dengan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru seperti yang
               dirancang dalam Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT).  Jadual ini telah disampaikan kepada
               guru, murid dan ibu bapa/penjaga.


               Perancangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

                       Perancangan PdPR melibatkan penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebelum
               sesi  PdPR.    Guru  telah  merancang  aktiviti  pembelajaran  dengan  mengambil  kira  standard
               kandungan, standard pembelajaran, objektif pembelajaran, aktiviti pembelajaran, dan pentaksiran
               yang bersesuaian dengan keadaan situasi guru dan murid.



               Semasa Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
                       Peranan  guru  semasa  proses  PdPR  adalah  sebagai  pemudahcara,  pembimbing  dan
               pentaksir perkembangan murid.    Murid secara individu dengan bimbingan ibu  bapa di  rumah
               menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.  Murid dan ibu bapa boleh menghubungi guru
               untuk bertanya dan berbincang berkaitan pembelajaran.



                       Selepas  selesai  sesi  Pengajaran  dan  Pembelajaran  di  Rumah  (PdPR),  guru-guru
               dikehendaki  membuat  Pelaporan Harian PdPR  menerusi sistem SPdPR yang boleh diakses di
               https://spsabah.moe.gov.my.  Guru-guru juga perlu menyediakan RPH setiap hari dan dihantar
               kepada Penolong Kanan masing-masing.

                       Guru-guru  telah  melaksanakan  PdPR  dengan  penuh  tanggungjawab  bagi  memastikan
               pendidikan yang berkualiti dapat disampaikan kepada semua murid.





                Disediakan oleh;



               WONG SHIAU LI
               Penolong Kanan Pentadbiran,

               Sekolah Kebangsaan Stella Maris (M), Tanjung Aru.
   1   2   3   4   5   6   7   8