Page 18 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 18

SK IPGM PERLIS                                  MANUAL PENGURUSAN              2021






                                     SEJARAH SK IPGM PERLIS



                       Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (SKIPGM) ,Perlis telah

               ditubuhkan pada tahun  2007. Kebenaran  menubuhkan sekolah ini telah  mendapat
               restu     kementerian      selaras    dengan      keputusan      Bahagian      Pendidikan

               Guru,Kementerian  Pendidikan  Malaysia  untuk  mewujudkan  Sekolah  Dalam  Institut
               pada tahun 2003. Idea menubuhkan sekolah ini pada peringkat awal dicetuskan oleh

               Yang Berbahgia, Dr. Hamzah BIN Ihsan, Timbalan Pengarah Institut Perguruan Perlis

               dengan  menggunakan  konsep  ”Teaching  School”  seterusnya  telah  mendapat
               kelulusan  pendaftaran  penubuhan  sekolah  ini    pada  September  2006  dengan  kod

               RBA0091.

                         Dua buah bangunan Jabatan Teknikal telah dijadikan lokasi sementara untuk

               bangunan sekolah. Pada Tahun 2007 dua buah bilik darjah telah diubahsuai untuk
               dijadikan bilik darjah bagi  menempatkan seramai 42 orang  murid Tahun 1 iaitu 22

               orang Tahun 1 Wawasan dan 20 orang 1 Bestari.


                        Pada tahun tersebut seramai 24 orang pensyarah dengan dibantu oleh 2 orang
               PKS telah dikenalpasti sebagai tenaga pengajar sambilan dan pembantu pengurusan

               murid.  Pengurusan  sekolah  diketuai  oleh  Puan  Sabariah  binti  Morad  selaku

               Penyelaras dan juga merangkap pengurus sekolah sebelum diambil alih oleh Puan
               Rokiah binti Karim sehingga 3 Januari 2008.


                          Pada  September  2007,  mesyuarat  penyelarasan  antara  Jabatan  Pelajaran
               Negeri Perlis yang diwakili oleh Tuan Hj. Mushaddik bin Hassan (Ketua Unit Sekolah

               Rendah)  , wakil BPG Kementerian Pelajaran, Timbalan Pengarah IPP serta beberapa
               Ketua Jabatan Institut Perguruan Perlis telah diadakan di Pulau Pinang dan keputusan

               untuk  menempatkan  seorang  Guru  Besar  Gred  Hakiki  dan  staf  sekolah  telah

               mendapat  kelulusan  kementerian  .  Mulai  3  Januari  2008  pengurusan  sekolah
               sepenuhnya  diambil  alih  oleh  Jabatan  Pelajaran  Negeri  Perlis.  Guru  Besar  yang

               pertama telah dilantik secara hakiki iaitu Tuan Hj. Kamarudin bin Ismail pada 3 Januari
                                                           18
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23